Tuesday, November 3, 2015

Terkini tentang penyakit kucing sporo

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pencinta kucing yang ingin membantu kucing-kucing mereka yang dijangkiti Sporo.

Memang ada yang kata blog saya ni dah lama sebab saya tak update tapi bagi yang perasan, saya ada update & membalas segala soalan anda diruang komen. Bagi komen yang tak berjaya keluar tu, saya tak pasti mengapa, sebab dah klik publish 2 kali pun tak terpapar di ruang komen.

Mengenai maklumat baru tentang ubat untuk Sporo. Terkini ada makmal ubatan yang telah menghasilkan ubat yang telah diuji bersesuaian bagi kegunaan haiwan seperti kucing & anjing. Ubat jenis cecair, senang diberi makan pada kucing atau anjing berbanding Sporonox, lagi pun Sporonox untuk kegunaan manusia sebenarnya.

Harganya memang nampak mahal sebab kena beli sebotol tapi percayalah cakap saya, kalau anda beli Sporonox untuk kegunaan sebulan pun, belum tentu sama harga dengan sebotol ubat itu sebab nak sembuhkan penyakit Sporo ni kadang-kala ambil masa lebih daripada sebulan.

Ye, memang Sporonox ada yang murah & ada yang mahal, ia dikategorikan dalam bentuk generic & non-generic, lebih kurang macam sama resipi tapi berbeza kualiti la. So, keberkesanannya terhadap haiwan anda juga berbeza.

Penyakit ni juga boleh berjangkit pada manusia, jadi kalau ada haiwan anda yang terjangkit, rawat ia segera dan kurungkan mereka dalam sangkar. Jaga kebersihan sangkar tu & kebersihan haiwan itu juga. Jika anda rasa kesian haiwan itu 'menangis' minta keluar, tak pe, anda bukan nak seksa mereka tapi anda nak rawat mereka & nak elakkan daripada ia berjangkit kepada anda. Sehari dua memang dia bising, nanti dah 5 hari dia faham.

Dan mohon jasa baik anda semua, jangan ambil tindakan untuk buang haiwan yang ada sporo ni sebagai jalan penyelesaian kerana takut ia berjangkit pada haiwan anda yang lain. Tindakan anda itu juga zalim, bukan saja pada haiwan itu, malahan pada haiwan lain di luar sana juga kerana tak pasal-pasal haiwan orang lain boleh terjangkit penyakit ni.

Lain-lain update tentang Sporo rasanya tak de. Jadi, anda boleh lagi gunakan informasi dalam artikel yang berkaitan dengan Sporo dalam blog ini. Saya juga ada sertakan nombor telefon doktor haiwan yang banyak membantu saya dalam merawat Sporo ini. Boleh cari di ruang komen di artikel sebelum2 ni. Tak nak tulis di sini sebab doktor pesan, tak mau artikel ni bersifat seperti mengiklankan dia pula. Hihihi.

Ok lah. Sampai di sini saja. Saya doa haiwan kesayangan anda semua bebas Sporo & jangan tangguh-tangguh rawat penyakit ini kerana ia antara penyakit yang sangat serius.

8 comments:

  1. Assalamualaikum emandhani...maaf sy nk tny boleh x sis tlg sy dptkn rwtn di vet doctor yg emandhani ckp...memandangkan doctor vet swasta yg sy pergi ni spt xde kesan pe2..si Bujang kucing sy dijangkiti sporo dr bekas bergaduh dgn kucing liar...luka y terdpt di kepala n di atas mata...boleh emandhani bantu sy?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    Saya hantar di Klinik Holy Family di Klang. 0333814806. Dr. Punitha.

    ReplyDelete
  3. in sha Allah sy cuba yg terbaik....boleh sy tau, Dr. punitha ni dia rawat X?atau cuma bg ubat shj?

    ReplyDelete
  4. Bergantung kepada bajet pemilik kucing.

    ReplyDelete
  5. Bergantung kepada bajet pemilik kucing.

    ReplyDelete
  6. ok...terima kasih emandhani...In sha Allah sy usaha sebaik mungkin tuk si Bujang....tq.... 😊😊

    ReplyDelete
  7. boleh kurierkan saya ubat cair di atas tak? kucing saya susah nak paksa telan ubat pil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Saya bukan doktor haiwan.
      2. Tuan/puan boleh order ubat intrafungol tersebut pada klinik haiwan. Beli sekali Liv-52 untuk ubat hati.

      Sekian. Semoga kucing anda lekas sembuh. Amin.

      Delete