Monday, December 30, 2013

Lagi tentang kucing sporo

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, artikel saya berkenaan kucing sporo mendapat sambutan. Harap para pembaca dapat manfaat dan dapat membantu dalam proses memulihkan haiwan kesayangan para pembaca. Saya doakan usaha anda semua dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kerana sudi membantu haiwan ciptaan Tuhan itu.

Tahniah dan alhamdulillah kepada para pembaca yang kucing sporonya dah sihat. Suka saya mendengar respon positif anda. Kepada kucing yang tak dapat diselamatkan, takziah saya ucapkan. Saya yakin, anda dah melakukan yang terbaik buat kucing anda.

Untuk makluman para pembaca, saya bukan doktor haiwan. Apa saja maklumat yang saya tulis dalam blog ini tentang kucing adalah perkongsian saya atas nasihat doktor haiwan. Jenis ubat, dos & cara rawatan semuanya berdasarkan nasihat doktor.

Antara sebab luka kucing sporo tak berjaya diubati atau ia akhirnya mati walaupun sudah dirawat seperti yang dinasihatkan oleh doktor adalah :


  • dos yang tak sesuai mengikut berat badan
  • penyakit sporo itu sudah menjangkiti ke organ dalaman kucing sehingga menyebabkan organ seperti buah pinggangnya rosak
  • terlalu banyak ubat yang diberi kepada kucing sporo itu. Mengikut pengalaman saya, memadai dua jenis ubat saja - sporonox (original) dan multivitamin ATAU intrafungol (ubat cecair, sila rujuk blog soal jawab kucing sporo) dan multivitamin. Tak letak ubat sapu pun tak pe.
  • terlalu banyak antibiotik diberikan kepada kucing sporo. Untuk makluman pembaca, antibiotik tak berkesan pada kucing sporo malah ia akan menyebabkan kucing sporo tak dapat melawan penyakit selain daripada sporo pula.
  • pemilik kucing sporo tak mau bawa kucing mereka berjumpa doktor haiwan. 
  • kucing tak diasingkan dalam sangkar khas, dibiarkan merayap walaupun belum sihat lagi.
  • pemilik tak cukup sabar merawat kucing sporo, terus tukar ubat lain tanpa nasihat doktor.


Mohon para pembaca ambil masa untuk baca artikel tentang sporo dalam blog saya ini sampai ke bahagian komen kerana ada soalan yang berulang-ulang disoal oleh para pembaca. Mungkin mereka terlepas pandang atau terlalu nak cepat sangat dapat jawapan, saya pun tak tahu.

Jawapan yang terbaik adalah dengan membawa terus kucing sporo anda kepada doktor haiwan. Mereka lebih pakar.

Di bawah ini, saya kongsikan lagi gambar kucing saya yang dah sembuh sakit sporo. Nama ia Kecik. Asalnya satu kuku kaki Kecik tercabut, saya pun tak tau macam mana ia boleh tercabut. Lukanya menjadi nanah kemudian berulat. Setelah dirawat, doktor dapati luka itu tak sembuh dalam tempoh seminggu. Luka kalau tak de jangkitan lain-lain, boleh mengering dalam tempoh seminggu. Kecik disahkan sakit sporo pada luka itu dan ia merebak ke bahagian 'paw' atau tapak kakinya.

Mengikut pengalaman saya, bahagian paw & hidung adalah tempat yang paling lambat sembuh bila dijangkiti sporo. Mulanya, saya rawat Kecik dengan Intrafungol (ubat sporo jenis cecair, dibeli dari doktor haiwan) bersama Hi-Vit (multivitamin). Proses penyembuhannya sangat lambat. Lebih dua bulan tapi hanya kecut saja, tak kering.

Gambar pada 29/9/2013. Selepas dua bulan rawatan. Walaupun beransur pulih tapi 'paw' belum kering betul dan mudah terluka.
Kecik dah mula bosan kena kuarantin dalam sangkar. Musim mengawan pun tiba. Kecik jantan. Mula-mula Kecik akur bila makan ubat tapi sebab dah dua bulan, Kecik mula buat hal. Tiga kali saya digigit Kecik. Alhamdulillah, saya tak pula dijangkiti kuman sporo.

Tip tambahan, kalau kena gigit/cakar kucing (tak kira ia ada penyakit atau tak), cepat-cepat lalukan air yang banyak pada luka itu sampai darah berhenti. Kemudian sapu ubat luka atau yang terbaik, pergi klinik manusia supaya luka gigitan/cakar itu tak melarat.

Saya hentikan rawatan ubat intrafungol dan mulakan pula rawatan guna ubat Sporonox (original) sebiji bersama Hi-Vit. Alhamdulillah, banyak perubahan berlaku pada lukanya. Walaupun mengambil masa sebulan juga, tapi saya rasa lega sangat sebab tak lama lagi, Kecik boleh dikeluarkan dari sangkar.

Gambar pada 26/12/2013. Lambat sikit saya rakam gambar ni sebab lepas saya lepaskan Kecik dari sangkar, dia merayap & sukar ditangkap. Kuku pun dah tumbuh normal dan 'paw' pun sihat. Alhamdulillah.
Kecik dah sihat & hensem. 
Haiwan juga seperti manusia, ada yang sesuai dan mudah sembuh dengan ubat tertentu, ada yang lambat. Yang penting, dapatkan dulu nasihat dan pandang doktor haiwan sebelum menukar kepada ubat yang lain. Jangan ambil risiko walaupun haiwan tak boleh bercakap, tapi mereka juga tahu erti kesakitan dan penderitaan.

Ini saja perkongsian saya tentang sporo. Saya berharap supaya penyakit ini tak dipandang remeh kerana ia boleh merebak melalui tanah atau haiwan yang sudah sedia ada kuman ini. Saya juga berdoa agar semua haiwan yang dijangkiti penyakit ini segera sembuh. Aminn.

Sekian. Salah & silap dalam penulisan, harap dimaafkan.

39 comments:

  1. Salam. Saya nak bertanya macam mane dengan proses penyembuhan sporo? Adakah isi akan tumbuh dahulu atau lukanya yg mengeras akn tertanggal dulu? Sebab kucing sy punya tmpt sporo yg mengeras tu dah tertanggal. Memang normal ke? Sy beri dia makan sporonox dan tf setiap hari. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam. Ya. Tak perlu bagi tf sebenarnya. Hanya sporonox & multivitamin. Bila luka sporo dah kering, ia akan tumbuh bulu. Mohon baca juga artikel dlm blog ini yang tajuk soal jawab kucing sporo dan beberapa artikel yang berkaitan dalam blog ini. Semoga Allah permudahkan urusan penyembuhan kucing itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kucing saya sudah kering sporo..dah tak berdarah..tp dia mcm bengkak....normal ke mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan tempat luka dulu tu sampai tumbuh bulu baru stop bagi makan ubat sporo.

      Delete
  4. berapakah total kos ubat ubatan kecik sampai dia sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, lupa. Dah lama dah artikel ni tapi kurang daripada rm500 kot.

      Delete
    2. Maaf, lupa. Dah lama dah artikel ni tapi kurang daripada rm500 kot.

      Delete
    3. terimakasih banyak2 atas perkongsian.

      Delete
  5. Assalam, kucing saya sudah disahkan oleh doc vet kerajaan yg kucing saya kena penyakit sporo. doc nasihatkan sy supaya matikan kucing sy dengan ubat tidur kerana doc yakin saya tak mampu untuk membeli ubat penyakit kucing sporo ni yg berharga rm14 sebiji dan perlu dimakan selama 6 bulan. kucing saya kena sporo di telinga, kaki dan hidung. saya nak tanya, apa ubat yg sesuai untuk penyakit kucing saya ni dan berapa lama tempoh rawatannya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. Dalam blog saya ni ada beberapa tajuk yang berkaitan dengan penyakit sporo. Cikpuan boleh la baca dari artikel sehingga ke jawapan dalam komen-komen saya nanti. Dan untuk pengetahuan cikpuan, ubat sporo dah ada yang mampu beli dan sesuai untuk haiwan, direkomen oleh doktor haiwan. Ada jenamanya saya letakkan dalam artikel. Mungkin cikpuan boleh minta doktor haiwan tu orderkan untuk cikpuan supaya dia juga boleh bantu kucing2 lain yang senasib dengan cikpuan. Sekian.

      Delete
  6. Salam..emandhani..kucing sy telah dijangkiti sporo..sy telah hantar keklinik..kena tahan ward sebab ada maggot..lpas 4hr sy bawak blik kucing sy..luka dia mcm truk..satu jari dia ilang..tulang jari terkluar..skrang sy lakukan dressing sndri di rumah..cuci pakai CHD O.05% dan sapu pividone iodin dn bandage..tp luka xkring..masalah skrg..tulang yg expose kat luar tu takpe ke dibiarkan mcm tu..ataupun adakah sy perlu antar ke klinik untuk surgery? Harap boleh bantu sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam,

      Mohon cikpuan bawa kucing tu ke klinik segera untuk bantuan.

      Delete
    2. Wa'alaikumsalam,

      Mohon cikpuan bawa kucing tu ke klinik segera untuk bantuan.

      Delete
  7. assalamualaikum emandhani...kucing sy terkena fungus sporo di kepala n di atas mata akibat bergaduh dgn kucing liar...lbh kurang sebln lukanya belum kelihatan sembuh...setelah 5 hr kucing sy mkn ubt capsule dr doc vet swasta...doc hny beri ubt mkn shj...top ada vitamin dll...boleh emandhani bantu sy tuk dptkn rawatan yg cpt di vet yg bgs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Saya rawat di Klinik Holy Family Klang. 0333814806. Dr. Punitha.

      Delete
  8. Assalam. Kucing saya kena sporo dekat hidung dn telinga sikit. Dah bawak pergi vet doc bgi sporonox, antibiotik dn ubt bengkak skrng masih dlm rawatan lg. Dn nk tanya multivit tu bolh daptkn dari mana ye? Thanks.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam. Sekarang vet guna Liv-52. Saya beli daripada vet juga. Semoga kucing tuan lekas sembuh. Aminnn.

    ReplyDelete
  10. Boleh tak guna itrazol , farmasi ckp die sama dengan sporanox, to die made in Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon tuan/cik rujuk pada doktor haiwan sebab saya bukan doktor haiwan. Saya hanya share pengalaman berdasarkan nasihat doktor haiwan. Atau tuan/cik boleh lihat satu lagi pilihan ubat yang dibuat khas untuk haiwan dalam artikel terkini saya. Terima kasih. Semoga kucing tuan/cik lekas sembuh.

      Delete
  11. macamana kita nak tau yg kucing kita sudah sembuh dan bebas dari sporo?

    adakah kita masih perlu teruskan memberi kucing ubat anti fungal tersebut setelah kucing itu sembuh? dari

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Apabila luka sporo dah kering dan dah tumbuh bulu.
      2. Apabila tak de bahagian badan lain kucing yang ada tanda-tanda luka baru sporo.

      Selepas itu, mohon teruskan pemberian liv-52 atau multivatimin kepada kucing anda pula bagu menguatkan fungsi hatinya.

      Terima kasih. Semoga anda dimurahkan rezeki kerana membantu kucing tetsebut. :)

      Delete
  12. Salam nak tanya kalau bawa kucing ade jangkitan sporo dlm kereta selamat untk manusia x?

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam. Selamat. Bawa guna bakul atau sangkar kucing la.

    ReplyDelete
  14. Salam, saya ada membeli supplement himalaya liv 52 tablet berwarna merah. Boleh saya tau dos yg encik bg untuk kucing encik, kucing saya berat lebih kurang 5kg

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam. Saya tak pernah beli yang dalam bentuk pil. Tapi saya rasa, setiap ubat yang dibeli, pasti ada maklumat dos yang sesuai pada kotak ubata tersebut mengikut berat kucing yang ingin dirawat. Cik Ena boleh juga tanya vet atau penjual yang jual ubat tu pada Cik Ena

    ReplyDelete
  16. Salam. Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini. Kucing saya dhani menghidapi sporo dan setelah beberapa lama rawatan, lukanya tak baik malah makin teruk. Sehingga saya buat keputusan untuk membeli original sporanox dan alhamdulillah lukanya beransur kering dan kawah di bahagian bawah perut sebesar syiling 50sen sudah tertutup. Masalah saya sekarang saya perasan dah 4 hari walaupun saya xpernah skip sporanox (treatment sporanox dah masuk hari ke 33,tak termasuk treatment sebelum ubat vet +- 3bulan) dhani kembali bersin2 dan lukanya berair semula di sesetengah tempat. Boleh ke saya naikkan dos sekarang saya bagi setengah biji sehari sahaja. Memandangkan dah lama sgt treatment dhani risau effect pada hati dia walaupun saya ada bagi supplement. Mungkin ada tips lain yang boleh en. Eman bantu. Setakat ini saya hanya bagi sporanox stgh biji dan liv 52 sebiji sehari.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Boleh naikkan dos kpd 1/2 biji sehari atau cuba rawat dengan intrafungol pula seperti pada post nov,15. Ia dibuat khas untuk haiwan. Sukatannya boleh tanyakan pada doktor. Semoga dhani lekas sembuh. Aminnn.

    ReplyDelete
  18. As slm..kucing saya dijangkiti sporo di bhgian kaki dan ekor dan hidung. Masalahnya kakinya bertambah bengkak dan luka makin melebar. Di bahagian hidung makin elok.Sy beri sporanox 1biji. Macam mana nak buat ye?

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam,
    Mohon Cik Nur Ieqa baca artikel saya seterusnya dalam blog ini. Saya ada tulis cara-cara penjagaan kucing sporo yang mengikut nasihat doktor haiwan yang saya jumpa dan alhamdulillah sembuh semua kucing2 tu. Ada juga ubat terkini yang lebih mudah diberi makan dan dibuat khas untuk haiwan yang boleh dibeli pada vet. Harganya juga tak semahal sporonox. Saya doakan semoga kucing Cik Nur lekas sembuh.

    ReplyDelete
  20. Waalaikumsalam,
    Mohon Cik Nur Ieqa baca artikel saya seterusnya dalam blog ini. Saya ada tulis cara-cara penjagaan kucing sporo yang mengikut nasihat doktor haiwan yang saya jumpa dan alhamdulillah sembuh semua kucing2 tu. Ada juga ubat terkini yang lebih mudah diberi makan dan dibuat khas untuk haiwan yang boleh dibeli pada vet. Harganya juga tak semahal sporonox. Saya doakan semoga kucing Cik Nur lekas sembuh.

    ReplyDelete
  21. kucing saya disahkan sporo dan sekarang makan sporonox setgh biji selama sebulan , luka yang telh kering berair semula kesan di garu . adakah merbahaya untuk kucing saya ? perlu x saya bawak jumpa doktor haiwan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon bawa jumpa doktor haiwan. Sekarang mereka ada ubat terkini yang fibust khas ubtuk haiwan sporo. Sporonox tu untuk manusia. Semua kucing saya tu juga saya bawa jumpa doktor terlebih dahulu.

      Delete
  22. Yerima kasih atas info sbb kucing sy 2 ekor ke a sporo. 1 tu su ambil kcg dr jalanan. 1 lg sy bela dari kecil.. mmg layang asyik menjerit nak keluar dari sangkar... sbb kucing jantan kan. Kos pun agak tinggi. Tp sy gagahkan juga bergadai la barang2 mcm fon dan brg kemas demi selamatkan 2 ekor tu. Harap mereka sembuh. Skrg masih dlm rawatan.....dah 2 minggu

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya.saya ada ambik ubat dalam bentuk pil untuk hati yang dimakan dengan ubat sporo dan juga multivitamin dalam bentuk kapsul bewarna hitam..boleh x saya hanya makan salah satu dari ubat tersebut.samada ubat untuk liver tu atau multivitamin hitam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Oh, bab itu Cik Munie perlu tanya doktor haiwan yang berikan ubat tersebut kerana saya bukan doktor haiwan. Saya hanya kongsikan pengalaman mengubati kucing sporo atas nasihat doktor sahaja. Saya doakan agar usaha Cik Munie dipermudahkan. Amin. Maaf terlambat balas mesej ini.

      Delete
  24. salam tuan.. saya nak tanya, kucing saya belum disahkan sporo.. hanya dikhuatiri. bermula dari bisul, vet kerajaan dah cuci nanah dan jahit. tapi luka xsembuh. saya hantar ke klinik swasta utk pantauan.. doc kata luka dah nampak perubahan positif tapi dia kerap bersin. doc syorkan sy bawak balik ke rumah dulu.. bila sy bawak balik, tempat luka tu ada keluar darah.. tapi doc nasihatkan utk saya cuci dulu dan bagi makan ubat dalam masa seminggu. saya juga ada dicakar, tapi cakar luaran xd luka. risau pulak kemungkinan saya dijangkiti sporo.. apa pendapat tuan? tq atas respons.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Bisul pun kadang-kala lambat baik. lebih-lebih lagi kalau dah dijangkiti ulat. Bersin pun biasa lebih-lebih lagi kalau kucing duduk luar rumah. Bak kata vet pun, pantau dalam masa seminggu. InsyaAllah, saya doa yang baik2 untuk Cik Syazmira & kucing tu. Anda berhati mulia kerana sudi bantu kucing tu. Allah murahkanrezeki anda. Terima kasih

      Delete
  25. Assalam.. Terima kasih atas kesabaran tuan berkongsi ilmu merawat sporo..kucing sy baru saja sembuh.. Kebiasannya.. Perlu ke sy terus memberi ubat(sy menggunakan sporanox) walaupun luka sudah kering? Jika ya.. Brapkah tempoh sy perlu berbuat demikian?

    ReplyDelete
  26. Waalaikumsalam,
    Alhamdulillah. Luka dah keeing. Teruskan bagi sporonox & tonik hati (livoperol) sampai bulu kucing tu tumbuh semula pada tempat2 luka sporo. Kalau tak, kemungkinan ia berulang adalah besar. Allah rahmati & membalas kebaikan usaha tuan/puan membantu kucing itu. Terima kasih banyak2

    ReplyDelete