Sunday, March 18, 2012

Oren yang terdengkot-dengkot

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya mahu menulis tentang salah seekor daripada kucing-kucing saya yang diberi nama Oren. Tadi saya bawa ia ke klinik haiwan kerana sudah 3-4 hari ia berjalan terdengkot-dengkot. Kasihan saya melihat Oren. Terasa berdosa pun ada kerana menangguhkan tempoh penghantaran ke klinik itu. Huuu.... Maafkan saya, Oren.

Inilah gambar Oren ketika ia berusia 6 bulan, sekarang sudah 1 1/2 tahun

Kenapa saya tangguhkan bawa ke klinik haiwan? Pertama, kerana berfikiran bahawa sakit kakinya itu boleh pulih dengan sendiri selepas 1-2 hari kemudian. Hmmm, berdasarkan pengalaman saya dengan beberapa ekor kucing yang lain, memang kadang-kala mereka jalan terdengkot-dengkot selepas bergaduh kemudian pulih semula keesokan harinya tetapi tidak pula bagi si Oren ini.

Kedua, kerana hari Sabtu klinik buka separuh hari dan ahad tidak buka pula. Huuuu.... Maafkan saya lagi sekali, Oren. Kakinya semakin membengkak tetapi apabila saya cuba mencari mana-mana kesan luka atau lubang yang menyebabkan bengkak itu memang tiada. Selera makannya memang okey cuma ia makan sambil berbaring.

Tadi sewaktu doktor haiwan memeriksa kakinya, kelihatan kaki yang terlibat itu sedikit basah. Rupa-rupanya, bengkak itu sudah pecah dan mengeluarkan nanahnya. Ada dua lubang sebesar kepala jarum peniti apabila dilihat. Oh, kasihan.

Doktor haiwan itu berpesan, lain kali apabila kucing peliharaan kita kelihatan berjalan terdengkot-dengkot, perkara yang perlu kita perhatikan adalah :


  • lihat cara kucing itu berdengkot, adakah kaki yang sakit itu masih boleh jejak pada lantai atau pun tergantung-gantung sahaja kerana apabila ia kelihatan tergantung sahaja, kemungkinan besar kaki itu patah, jika tidak, mungkin ia terseliuh, terluka atau tercucuk duri pokok
  • cuba cari luka atau lubang pada kaki yang terlibat. Kadang-kala, lubangnya amat kecil tetapi ia masih boleh membengkak kerana berlaku jangkitan kuman
  • jangan tunggu sampai ia membengkak dengan besar kerana jika ia dibawa awal kepada doktor haiwan, memadai ia dirawat dengan memberi makan ubat antibiotik dan satu 'injection' bagi mengelakkan kaki itu terus membengkak, kos perubatan pun boleh dijimatkan tetapi...
  • jika terjadi seperti kes kucing Oren saya di atas, doktor meminta Oren ditinggalkan di klinik agar dapat beliau cuci dan rawat lebihan nanah dan darah kotor yang berbaki pada kaki yang bengkak itu. Menurut beliau lagi, sedikit torehan kecil akan dibuat pada kaki tersebut bagi tujuan rawatan dan cucian (istilah yang biasa mereka gunakan bagi mencuci luka adalah 'dressing'). Lusa nanti bolehlah saya bawa Oren pulang. Semoga Oren lekas sembuh. Amin. :)
Begitulah cerita tentang kucing saya yang ada sebanyak lebih kurang 20 ekor. Sebenarnya hanya ada 7 ekor sahaja kucing rasmi di rumah kami. Yang lain adalah kucing-kucing yang tidak bertuan dan suka melepak di hadapan dan belakang rumah kami sambil berdoa agar diberikan makanan setiap pagi dan petang oleh 'tuan angkatnya' ini. Hihihi. Tiada seekor pun yang kami beli dan sudah pun kami mandulkan agar dapat menjaga populasi mereka. Cuma seekor sahaja yang kami gagal mandulkan kerana tersangatlah liarnya yang kami berikan ia nama Liar. Huhuhu. Sekarang beranak lagi 2 ekor. Nanti saya ceritakan pula kisah uniknya.

Sekian. Sehingga bertemu di lain waktu.

26 comments:

  1. Kucing saya berjalan berdengkot-dengkot. Tapi kaki nya jejak tanah. Kos bawa ke vet mahal ke? Maklumlah ini pertama kali saya membela kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos tu bergantung kepada rawatan klinik tersebut. Biasanya klinik kerajaan lebih murah berbanding klinik swasta. Mana yang lebih bagus? Terpulang kepada keberkesanan rawatan yang diberikan.

      Saya sarankan, kalau terdengkot-dengkot yang masih boleh jejak tanah lagi, kemungkinan besar ia terseliuh dan insyaAllah boleh sembuh tanpa rawatan doktor tapi kesianlah kan kucing tu.

      Semoga kucing anda lekas sembuh. :)

      Delete
  2. saya ada kucing yang jalan nya terdengkot dengkot dah hampir tiga mingu,saya dah bawak dua kali berjumpa doctor haiwan tapi keadaan nya masih sama juga..bileh kah ia sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiwan juga seperti manusia, ada yang proses penyembuhannya cepat, ada juga yang mengambil masa.

      InsyaAllah boleh tapi ambil masa. Saya tak berani nak konfem sebab saya pun bukan doktor haiwan. Saya hanya pencinta haiwan yang berkongsi pengalaman.

      Semoga kucing cikpuan lekas sembuh.

      Delete
  3. Replies
    1. Kos rawatan bergantung kepada lokasi klinik & jenis klinik (kerajaan atau swasta)

      Delete
  4. Kucing tseliuh semlm. Mkn cm biasa cuma sedikit pasif n byk tdo. Still jalan tp x boleh laju. Bru td urut kaki n sapu minyak then balut kaki dgn kain tebal utk kurangkan pergerakan di bahagian yg sakit.

    ReplyDelete
  5. kucing saya juga jalan terhincut sebelah kanan ,macam mana nak rawat ya jika tidak ke klinik ? tapi saya tak pasti sakit apa yang dia alami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terhincut kalau masih boleh jejak kakinya ke lantai ketika berjalan, mungkin sebab terseliuh akibat terjatuh atau apa-apa yang tak bahaya. InsyaAllah boleh baik dalam masa 5-7 hari.

      Yang bahaya kalau dia terhincut & kakinya tak jejak lantai bila dia berjalan. Itu berkemungkinan kaki dia patah. Perlu bawa jumpa doktor. Kosnya bergantung pada klinik & serius mana sakit kucing tu.

      Semoga dipermudahkan urusan kucing anda.

      Delete
  6. Kaki kucing saya petang semalam lagi nampak terhincut2 masa dye jalan , tapi hari ni dye langsung tak berjalan cuma baring kat tempat dye tidur dari malam semalam sampai petang ni.. nak pegang dye tak bagi. taktahu nak bawak ke vet mcm mana and taktahu berapa kosnya.. sbb tanya tadi xray sahaja da rm200 blm masuk yg lain2 treatment๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ kesian tengok dye.. nak gerak sikit pun mcm seksa tahan sakit, and mengerang sakit.. kaki kiri dye mmg tak jejak lantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik pergi klinik swasta ke kerajaan ye?

      Delete
  7. dye makan pun sy suap sebiji2 kibbles dye lepastuu dlm 4 5 biji terus dye tolak tangan sy ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa ke klinik haiwan kerajaan, lebih murah.

      Delete
  8. Kucing saya pun terhincut². Tadi bergaduh dengan kucing lain.. kucing lain tu ggit bahagian bahu tgn kanan dia.. nak urut dia marah.. dia bgn nampak mcm jejak tanah.. nk pergi vet, musim macam ni takut ada yg tak buka.. �� kesian tgk dia.. bg susu tknak.. bg makan dia makan sikit.. lepastu dok terperuk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik haiwan buka time PKPB ni. Kalau ada nombor phone klinik, call la doktor dulu

      Delete
  9. Assalamualikum.. Saya sedih tengok kaadan kucing saya si orange.. dah 1 minggu ni ke2kaki blkng die jln teresot esot.saya cuba angkat kaki blng gerak tapi die tak blh jln. Adakah kucing saya ni lumpuh? Minta solusi dan anggaran pengecasan untuk perawatan.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Mohon dibawa kucing tu ke klinik untuk rawatan. Tentang bayaran saya tak pasti sebab saya bukan doktor haiwan. Kemungkinan kaki dia dilanggar atau tersepit. Patah atau lumpuh akan diperiksa oleh doktor. Klinik kerajaan lebih murah berbanding klinik swasta

      Delete
  10. Salam tuan, boleh tahu tuan pergi klinik swasta atau kerajaan? Berapa kos tuan pergi haritu? Sy nak survey2 dulu ckup tak bajet sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Saya bawa ke klinik swasta sebab klinik kerajaan jauh dari rumah saya. Caj pun berlainan. Saya dah lupa dah. Dah lebih 5 tahun dulu. Boleh je bawa ke klinik kerajaan asalkan kucing itu sihat semula. Semoga dipermudahkan urusan tuan. Amin

      Delete
  11. Assalamualaikum post ni dh lama.. Tp bermanfaat utk sya.. 2 3 hri lepas dia jtuh katil dan rasa terlanggar almari seblh katil tu.. Sekrng ni kalau tgk badan dia mcm ada bengkak bhgian ats tngn kiri..kalau sentuh bhgian tu dia bunyi pstu mengelak.. Sekrng ni kalau tgk dia duduk, Tngn kiri dia mcm x sentuh sgt lantai.. Ada rwtan tradisional yg boleh sya buat x..

    Sya ada tnya seller SUPERFOOD, dia kata boleh rawat msalah bengkak ni.. Pstu sya ada tnya org ni dia buat ubat penawar tp mahal sgt ๐Ÿ˜…..
    .
    SO awk rasa kucing sya ni terseliuh ka, tp ada bengkak tu nk buat mcm mna..๐Ÿ˜…
    .
    Kalau bgi minyak kelapa dara boleh ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Untuk pengetahuan cikpuan, tak semua penawar tradisional manusia sesuai untuk haiwan. Jadi saya pun tak berabi nak rekomen apa-apa yang sepatutnya.

      Jika ada klinik haiwan kerajaan, mohon dibawa kucing cikpuan ke sana.

      Bayarannya lebih murah berbanding klinik swasta & insyaAllah kurang risiko jika dibandingkan kita cuba-cuba. Semoga kucing cikpuan lekas sembuh & d8permudahkan urusan rawatannya. Aminnn.

      Delete
  12. Maaf nak tanya, kalau kucing saya kaki dia bengkak dah seminggu, besar bengkak dia. Peluang nak sembuh tu ada lg tak? Sbb dia masih kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sebab saya bukan doktor haiwan. Saya hanya share pengalaman. Mohon cik/tuan bawa kucing ke klinik haiwan sebab kadang2 mungkin ada penyakit lain. Boleh juga bawa ke vet kerajaan

      Delete
  13. Saya nk tanya kalau anak kucing saya saya x tahu kenapa dgn kaki dia..dia x boleh berdiri atau duduk..boleh baring jer..kalau saya sentuh kaki dia yg sakit tu dia akan mengiau..yg lagi sekor jalan berdengkot-dengkot tapi pijak tanah dua2 anak kucing saya sakit kakinya yg sebelah kiri..mcm mana nk buat yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya bukan doktor haiwan. Saya hanya share pengalaman sahaja. Mohon saudar/saudari bawa anak kucing itu ke klinik haiwan untuk pemeriksaan. Klinik haiwan kerajaan juga ok. Google search untuk cari klinik yang terdekat dengan rumah sa7dara/saudari. Semoga dipermudahkan. Aminnn

      Delete
  14. Terima kasih utk catatan ni �� risau kucing main elok dekat luar pagi tadi lepastu masuk rumah mengerang kuat sambil jalan terhencut tapi masih boleh sentuh lantai dgn kaki tu. Awal-awal dia balik tu terketar ketar kaki dia, sejuk. Ingatkan kena patuk ular kapak ke, bagi dia minum air kelapa. Cari luka dengan kesan basah apa pun takde. Skrg ni tktahu la dia, sentuh pinggang belakang dgn kaki kiri blkng dia sakit, mengerang terus ������ nak bawak pegi vet pikir banyak kali jugak pasal kos, oh kenapa kos vet mahal sangatt sangatt�� makan pun taknak tuu, kena paksa suap ������������

    ReplyDelete