Apa khabar semua pembaca blog ini? Saya doakan anda semua sihat, cergas & beriman sentiasa. Amin. :)
Kali ini saya mahu bercerita tentang masalah berat badan saya di dalam blog ini. Kalau dilihat pada bentuk fizikal saya, ramai makcik-makcik (warga emas) yang berpendapat, saya tiada masalah berat badan tetapi hakikatnya kalau ditimbang dengan pemberat yang boleh mengimbas peratusan lemak di dalam badan saya ini, saya termasuk di dalam kategori obes. Mengapa? Dengan ketinggian sebanyak 160cm dan usia 34 tahun, peratus lemak yang sihat bagi saya sepatutnya sekitar 19.7% sehingga 26.4% tetapi saya... tak pernah kurang daripada 34% lemak sejak berusia 29 tahun. Berat badan pula sekitar 63-60 kg. Huhu, budak obes rupanya saya ini. Stamina... macam warga emas, mudah letih.
Gambar dari myshapeplus.wordpress.com
Mujur tahap 'viceral fat' saya berada pada tahap sihat iaitu 5. 'Viceral fat' adalah lemak yang mengelilingi organ dalam tubuh kita seperti usus dan jantung. Peningkatan tahap 'viceral fat' boleh menyebabkan meningkatnya risiko kencing manis tahap 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Ia juga boleh melibatkan peningkatan kolestrol dalam badan. Peningkatan tahap kolestrol pula boleh terjadi pada orang yang kurus juga atas faktor genetik dan pemakanan.
Mengenangkan umur yang semakin meningkat ini, saya tak boleh biarkan lemak itu bermaharajalela tinggal di dalam tubuh saya tanpa bayar sewa. Macam kawasan rumah setinggan pula. Haha. Mahu bersenam,
Saya teringat tentang rancangan 'The Biggest Losser' yang mana jurulatihnya adalah Jillian Michael yang terkenal itu. Saya pun cuba mencari video senaman yang ditunjuk ajar oleh beliau di kedai cd dengan harapan dapat melakukannya sendiri di rumah. Seronok bukan kepalang kerana berpendapat boleh turun berat badan dengan mudah selepas ini nanti. Satu bulan saya cuba gerak laku yang diajar dalam cd beliau namun hampa kerana berat tak turun, lutut dan tumit saya pula semakin sakit.
Hmmm... kecewa + musykil. Apakah lagi yang perlu saya lakukan dengan lemak saya ini? Degil sungguh! Saya bosan dan
Sekarang, alhamdulillah, dengan cara bersenam dan mengawal kalori harian saya, saya berjaya menurunkan berat badan saya daripada 63.1kg pada 27 Januari,2012 kepada 57.7kg pada 31 Mac, 2012. Stamina juga semakin bagus. Alhamdulillah, dah lama saya tak capai berat badan sedemikian. Bacalah tip daripada laman web tersebut. InsyaAllah berjaya. Tidak perlu bersenam setiap hari. Luangkan masa paling kurang 3 kali seminggu bagi bersenam pun sudah cukup bagus. Selamat menjadi sihat dan cergas. Anda mampu lakukannya! :)
No comments:
Post a Comment