Sejak akhir-akhir ni saya sering terlihat status FB yang memaparkan anak-anak kucing (biasanya yang masih menyusu) yang dijumpai dibuang bersama/tanpa ibu kucing tersebut. Perkara ini tak sepatutnya berlaku jika kita kawal populasi haiwan tersebut dengan memandulkan mereka di klinik haiwan kerajaan atau swasta. Membuang anak-anak kucing itu tidak menyelesaikan masalah dan adalah satu tindakan tidak berperikemanusiaan.
Sebulan yang lalu juga, ada orang buang 3 ekor anak kucing di bawah pokok dekat rumah saya ketika hujan. Berikut adalah tindakan yang perlu diambil ketika menjumpai anak kucing yatim piatu. Anda boleh tonton video di youtube ini atau baca ringkasan yang saya tulis di bawah.
Kedua : Jika sudah pasti ibu kucing tiada, selamatkan anak-anak kucing itu. Jangan panik. Pergi ke klinik haiwan berdekatan untuk dapatkan bantuan.
Ketiga : Biasanya doktor haiwan akan periksa gigi anak kucing itu untuk memastikan usianya. Jika anak kucing sudah buka mata & sudah tumbuh gigi halus, itu bermakna ia sudah berusia 1 bulan. Doktor haiwan akan berikan anak kucing ubat cacing berupa cecair. Lebih baik kita beli je ubat cacing sebagai bekalan sebab anak kucing mudah kecacingan. Berikan mengikut sukatan seperti yang dinyatakan pada botol ubat cacing tersebut.
![]() |
Ini 3 anak kucing yang saya jumpai itu. Menurut pemeriksaan doktor haiwan, ia sudah berusia sebulan ketika dijumpai pada 28 Febuari, 2013. |
Seperti kes saya, saya memang tiada ibu kucing untuk dijadikan ibu tumpang, maka doktor haiwan mengajar saya cara-cara memelihara anak kucing ini.
Cara-cara memelihara anak kucing yatim piatu (tanpa bantuan ibu kucing tumpangan) :
1. Masukkan anak-anak kucing itu dalam sangkar seperti dalam gambar atas.
2. Letak sangkar di tempat yang tak panas & tak sejuk.
3. Lapikkan dengan akhbar lama & baju lama bagi membuat anak kucing kurang kesejukan. Pastikan kain lapik itu sentiasa kering dan bersih. Lebih elok kita ada ekstra lapik kain (ada ekstra dalam 5-6 helai) bagi menggantikan yang kotor dan basah itu kerana anak kucing kuat kencing. Bagi jimat, saya akan cuci kain lapik itu setiap hari. JANGAN guna sabun terlalu banyak ketika mencuci kain lapik anak kucing itu kerana bau atau kesan cucian yang terlalu kuat penggunaan sabun itu boleh membahayakan anak kucing.
4. Bagi mengelakkan anak kucing kesejukkan, gunakan bekas air seperti di bawah untuk diisikan air suam (jangan letak air didih dalamnya, nanti anak kucing melecet atau mati kepanasan) & dilapik baju lama atasnya supaya ia lebih selesa. Bekas ini dapat tahan panas air selama 3 jam.
![]() |
Saiz sebesar kertas A4, dijual di farmasi lingkungan rm12 |
5. Beli botol susu khas serta susu tepung khas untuk anak kucing (yang direkomen oleh doktor haiwan). JANGAN GUNA SUSU LEMBU. Anak kucing boleh cirit-birit dan mati. Minta doktor haiwan ajarkan sukatan yang sesuai untuk bancuhan. Sentiasa guna air suam untuk bancuh susu kucing. Tebuk puting botol susu guna paku yang tak berkarat dan dipanaskan sebelumnya. Kalau juga gunting, pastikan lubang tak terlalu besar kerana anak kucing juga boleh mati tersedak susu.
![]() |
6. Bancuhan jangan terlalu panas, jangan terlalu sejuk, jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Minta doktor haiwan ajarkan cara bancuhannya. Susukan anak kucing dengan cara di bawah. Ketika usia kurang dari 4 minggu, anak kucing perlu menyusu 6 kali sehari. Saya mula berikan susu selepas solat subuh iaitu 6.15 pagi, 10 pagi, 3 petang, 7 petang, 9 malam, 12 tengah malam. Bancuhkan 1/2 botol sahaja, kalau ada baki simpan dalam peti sejuk supaya tak basi. Bila nak diberikan semula, masukkan botol dalam air suam agar ia tidak sejuk. Jangan simpan lebih daripada 2 kali.
![]() |
Ini Memey. Jika dilihat dari dekat, giginya sudah tumbuh sikit. Berikan susu dalam posisi ini. JANGAN BARINGKAN, nanti susu masuk peparu, boleh mati. |
7. Apabila anak kucing dah tumbuh gigi kecil, kita dah boleh ajarkan ia makan sikit-sikit tapi jangan terus hentikan susuannya. Biskut anak kucing di bawah ini adalah sesuai bagi anak kucing dari usia 1 hingga 4 bulan. Ia direkomen oleh doktor haiwan dan video di atas kerana saiznya yang sangat kecil & khasiat yang sesuai. Beli yang 400g atau 2kg dulu pun ok. Walaupun ianya mahal sedikit (RM70 untuk 2kg) tapi ia sangat membantu tumbesaran kerana anak kucing usia 1-2 BULAN cepat lapar. Bagi sikit-sikit dulu (dalam 1 sudu kecil dahulu) dalam piring kecil.
![]() |
Awey, dah umur 2 bulan |
![]() |
Mang, umur 2 bulan |
![]() |
Memey, 2 bulan. Sentiasa sediakan air bersih untuk kucing minum. |
![]() |
Gigi Memey dah besar pada usia 2 bulan. |
8. Secara beransur, anak-anak kucing dah mula kurang minum susu. Usia 5 minggu, 5 kali sehari minum susu. Dah masuk 8 minggu, mereka lebih minat makan biskut kitten berbanding minum susu tapi jangan putuskan susu terus. Ada masa ia teringin nak susu.
9. HATI-HATI ketika melepaskan anak kucing ini dari sangkar untuk bermain kerana ketika usia ini, ia suka kejar kaki orang atau masuk dalam enjin kereta.
10. Pada usia 5 MINGGU, anak kucing sudah boleh diajar menggunakan pasir tandas kucing. Selalu pantau najis anak kucing kerana anak kucing mudah terkena cirit-birit.
11. Lap mata, punggung, cuping telinga, bulu anak kucing dengan tuala basah setiap pagi dan petang kerana pada usia ini, mereka masih kurang pandai membersihkan diri sendiri.
12. Bila dah usia 6 BULAN nanti, bolehlah ia dimandulkan bagi mengawal populasi kucing tersebut.
Saya bersyukur kerana saya 'dibantu' oleh seekor anak kucing yang saya namakan 'Kecik' (jantan, usia 6 bulan), yang datang ke rumah saya sebulan sebelum anak-anak kucing itu saya pelihara. Kecik jadi kitten sitter kepada anak-anak kucing tersebut. Ia rajin 'mandikan' anak-anak kucing itu, ajar mereka bermain dan tengok-tengokkan mereka.
![]() |
Kecik, abang angkat yang rajin :) |
Sekian perkongsian saya untuk kali ini. Semoga usaha memelihara anak-anak kucing yatim piatu ini dipermudahkan dan semoga Mang, Awey dan Memey membesar dengan sihat. Aaminnn.
Di bawah adalah gambar terkini Memey yang dah umur 6 bulan & sudah pun selamat dimandulkan. Awey hilang diambil orang. Semoga orang itu memelihara Awey dengan baik. Mang pula diambil oleh ibu saudara saya dan diberitahu ia telah membesar dengan sihat dan cergas. Alhamdulillah.
Di bawah adalah gambar terkini Memey yang dah umur 6 bulan & sudah pun selamat dimandulkan. Awey hilang diambil orang. Semoga orang itu memelihara Awey dengan baik. Mang pula diambil oleh ibu saudara saya dan diberitahu ia telah membesar dengan sihat dan cergas. Alhamdulillah.
Tima kasih ats info yg berguna. Smg sukses dlm bidang penulisan anda.
ReplyDeleteTerima kasih. Amin.
Deleteterima kasih atas info yang berguna , saya pun jaga dua ekor anak kucing yatim piatu :)
ReplyDeleteTahniah. Semoga dimurahkan rezeki Cikkapas. :)
Deletekucing saya xnak minum guna botol.... susah...
ReplyDeleteSalam Cik Maisarah.
DeleteKalau kucing saudari dah tumbuh gigi halus-halus macam gambar di atas, bererti kucing saudari dah boleh diajar makan biskut khas untuk anak kucing atau soft food tetapi soft food ini mesti dipastikan tidak ada lalat bertelur. Khuatir anak kucing boleh terkena cacing kerawit. Semoga dipermudahkan urusan saudari itu. :)
Info sgt berguna, sy ada anak kucing yatim piatu dh ada gigi kecil2 sy lihat dia suka mkn ikan rebus berbanding susu .. aPa perlu sy buat
ReplyDeleteSalam Cik Zailah,
DeleteTerima kasih kerana sudi membela anak kucing yatim piatu itu.
Tidak mengapa jika dia kurang minum susu, asalkan dia minum air. Ikan rebus pastikan tiada telur lalat & tiada tulang ikan. Mohon diberikan ubat cacing cecair pada anak kucing itu, ya. :)
Semoga Tuhan memurahkan rezeki anda & kucing itu. Amin.
Terima ksh cik zailah..sgt membantu saya..utk jg ank kucing yg ditingglkn ibunya.kucing ni lahir di beranda rumah saya.3 ekor ank kucing betina ..
ReplyDeleteAssalamualaikum .. Akak .. Mna nak beli botol susu kucing tu??
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Botol susu itu ada dijual di pet shop atau klinik haiwan.
DeleteTerima kasih atas info ini. Sya ada 2 ekor anak kucing yg belum buka matanya.ibu kucing telah hilang selama 2 hari, harap info ini dpt membantu penyusuan anak kucing yg kelaparan ini
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan tuan/puan itu. Amin.
Deletebagus entry ni! saya baru amik anak kucing kat sekolah. umur sebulan. yg tak bestnya kucing saya si hachiko tu x suka kitten... saya pun dia marah! dengki la tu, mama dia bawak bawak adik baru!
ReplyDeleteentry ni banyak mambantu!! thanks!!!!
but anak kucing saya belum tumbuh gigi lagi.
ReplyDeleteSalam. Kalau belum tumbuh gigi, berikan susu botol (susu khas) 6 kali sehari seperti yang dinyatakan di atas. Dalam video yang disertajan ada ajar dari umur anak kucing yang belum tumbuh gigi lagi.
DeleteBoleh x bagi anak kucing minum susu biase.....??(susu Nestle)
ReplyDeleteSalam, tak boleh. Penerangan mengenainya ada saya tulis dalam artikel di atas. No. 5.
DeleteThanks for helping me out with the information :)
ReplyDeleteassalamualaikum..saye baru beberapa bulan bela kucing..tp saye x faham mcmane lpas kucing berak..diluar rumah..then kucing tu masuk rumah..baring2..tahi kucing tu terpalik ke dlm rumah?
ReplyDeleteSalam,kucing sy tu dia ada kutu. mcm mana nak jaga dia ??
ReplyDeleteWa'alaikumsalam, masalah kutu boleh rujuk pada doktor haiwan. Mohon maaf, saya hanya kongsi pengalaman, saya bukan doktor haiwan.
Deletesalam nk tumpang tanya anak kucing 2 ekor sy umur 2minggu 4hari.mak die xnak jaga sejak 2 hari.dh beli susu utk ank kucing dan bagi minum dgn botol.lepas minum dh stimulate die bagi kecing.tp xberak2 lagi.apa patut buat?
ReplyDeleteSalam. Saya tak tau jawab. Cuba tanya doktor haiwan. Maaf, saya bukan doktor haiwan.
DeleteSalam, kucing baru memang begitu kadang-kadang tapi saya rasa, kalau anak kucing tak aktif, mungkin ia ada masalah cacing atau kutu. Mohon dibawa ke vet untuk pemeriksaan lanjut. Vet akan buat pemeriksaan dan bagi ubat cacing mengikut dos yang sesuai dengan anak kucing. Terima kasih. :)
ReplyDeletebleh tanya x...botol susu kucing bleh bli kat mana eh
ReplyDeleteDi pet shop atau di klinik haiwan
ReplyDeleteAssalam. Sekiranya anak kucing telah tertanggal pusat berapakah usianya. Saya ada memelihara anak kucing yatim piatu. Baru sehari saya membelanya. Dia tidak mahu minum menggunakan botol susu. Adakah cara saya tidak betul atau dia masih belum biasa. Saya bimbang jika dia lapar. Terima kasih
ReplyDeleteWa'alaikumsalam, mohon tuan/puan rujuk pada doktor haiwan untuk penjelasan tambahan sebab apa yang saya catatkan dalam blog ini berdasarkan penerangan doktor haiwan. Sekian. Didoakan agar urusan tuan/puan dipermudahkan.
ReplyDeleteSalam.. saya dan keluarga tak pernah bela kucing.. ada 3 ekor anak kucing baru dilahirkan kat tepi rumah.. mak nya nampak kurus sebab anak2 aktif sangat minum susu..
ReplyDeleteKalau nak belikan susu.. perlu ke beli 3 botol yg berlainan?
Tq
Wa'alaikumsalam, bantu ibu kucing tu supaya dapat bagi cukup susu pada anak2nya dengan bagi makanan yang cukup. Semoga Tuhan murahkan rezeki cikpuan kerana sudi bantu kucing tu. Boleh juga dapatkan nasihat tambahan daripada doktor haiwan.
DeleteKalau guna susu budak berumur 2tahun boleh tak?
ReplyDeletebotol susu kucing ada jual kat mana ye??
ReplyDeleteBotol susu untuk anak kucing boleh beli di pet shop yang ada jual makanan kucing atau di klinik haiwan.
ReplyDeleteBerapa harga botol suu untuk ank kucing tu
Deletesy nk tnye kalau kucing dlm umur 2 bulan..bole x bagi minum susu tiap hari...? Bkan ape sy tkot kucing sy trkene cirit birit
ReplyDeleteSaya bukan doktor haiwan, jadi tak berapa pasti la ok ke tak. Yang saya tau, kalau nak beri susu pun, kena susu khas untuk anak kucing ataupun berikan saje makanan kitten. Makanan kitten mmg ada campur susu dan khasiat lain yang bersesuaian untuk anak kucing.
DeleteThanks for the info. Saya baru jumpa 2 ekor anak kucing tanpa ibu. Kedua-duanya baru pandai nak berjalan.
ReplyDeleteSaya baru jumpa kitten.dah diberi susu utk kitten.sy tgk kt botol susu mcm x byk yg luak walau dh 15 minit nyusu.mcm 1ml je.risau cukup x susu.
ReplyDeleteCuba check puting botol susu tu, kot-kot tak de air susu yang boleh keluar ke, atau air susu pekat sangat ke. Buat lubang pada puting tu guna paku panas. Hati-hati ye. Lubang kalau besar sangat pun anak kucing boleh mati tersedak susu. Selamat berjaya :)
DeleteSalam,saya ade ank kucing yng kehilangan ibu.sya nk thu berapa harga susu dan botol ank kucing.kucing tu dah buka mata
ReplyDeleteSalam, saya pun dah lupa berapa saya beli dulu, dah lama dah, ikut kedai & kualiti barang yang dibeli tu juga rasanya.
DeleteSaya sedih sangat dengan anak kucing saya..saya ingat lagi dulu 26/11 mak kucing lahirkan anak dia ada 4 ekor..comel..comel..saya nmpak diorg membesar,saya jaga diorang penuh kasih sayang kekadang saya takda masa layan mereka sbb pegi sekolah..bayangkanlah...pada 23/1 sekor mati..satu lgi mati masa bualan 12..saya xlah rasa sedih sangat tapi bila sekor lagi mati,memang saya rasa sayuu sebab 1 ekor je tinggal..mereka 4 ekor tersangatlah rapat..!!!kitten yg tinggal tu hidup dia cam x keruan..saya hrp Allah pnjgkan umur dia..nasib ada ibu dia dan abang dia tpi da remaja tpibkn dlm satu kndungan
ReplyDeleteAnak kucing jiran sy minum susu fresh milk dutch lady dlm botol susu baby yg 2oz tu..puting dia pkai brand dr baby warna kuning.. skang dah 3 bln pdai pegang botol sendiri.. hehe.. cute.. klu pkai yg jual kat petshoop tu puting dia cepat je putus.. huhu.. tp itu kucing jiran sy la.. heheh
ReplyDeletesusu kucing tu bape ringgit ye?
ReplyDeleteSaya tak ingat sebab artikel ni dah lama saya tulis. Boleh tanya di klinik haiwan.
Deletesalam,
Deletesaya baru jek dpt kitten yg usia nya 1 bulan. bg fa bella yg nk tau harga botol yg sama lebih kurang rm13, susu rm10, tp itu yg liquid nyer. susu tepung utk kitten maybe lagi murah.
tp hati2 beli susu, cuba beli yg kuantiti sikit dulu bg pastikan susu tu sesuai dgn kitten atau tak... mcm sy susu kitten yg dibeli xsesuai, kitten kene cirit birit yg teruk kene bwk jumpa vet.
dr. kat klinik suggest stop bagi susu terus n bagi makan soft food since kitten sy dh bleh makan wet food, n minum 100 plus utk recover bdn dia yg dehydrated sbb cirit birit.
harap nyer reply sy dpt bantu fa bella n yg laen2 kalau ada masalah yg sama...
Salam kak.. saya ade jmpe anak kucing yg kehilangan ibunya.. so saya jadikan kucing saya sbgai ibu tumpang tp ibu ngn anak2 dy mcm xnk terima kehadiran si kecik ni.. ape patut saya buat ye?
ReplyDeleteWa'alaikumsalam, saya tak pernah lagi pengalaman tentang hal ni tapi yang pernah saya dengar nasihat vet saya, dia suruh 'lekat'kan bau mak kucing tu selalu pada anak kucing baru tu. Cuba google juga untuk tau cara yang berkesan. Semoga berjaya.
DeleteKalau sekarang (2015) berapa kos untuk buat suntikan vaksin kepada kucing?
ReplyDeleteSalam. Nk tanya, apakah posisi yg betul utk susukan anak kucing? Sebab saya tengok ada yg susukan baring sambil anak kucing tu dibedung.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Menurut kata doktor haiwan, posisinya sama macam yang kita tengok anak kucing menyusu pada mak dia. Boleh lihat gambar yang saya letak dalam artikel ni.
DeleteWaalaikumsalam. Menurut kata doktor haiwan, posisinya sama macam yang kita tengok anak kucing menyusu pada mak dia. Boleh lihat gambar yang saya letak dalam artikel ni.
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSy baru jaga 2 ekor anak kucing yg dh x ada ibu. Jantan & betina. Yg jantan xde masalah makan. Tapi yg betina tu... kurang makan. Diaorg dh pandai makan makanan keras & kadang2 kami bagi susu juga. sebenarnya....anak kucing makan berapa kali sehari?
Waalaikumsalam, anak kucing tu agak2nya umur berapa bulan ye? Mungkin puan boleh tukar makanan yang dibuat khas untuk kitten sampai mereka umur setahun. Kalau masih umur 2-3 bulan perlu beri susu khas untuk kucing selang dgn makanan
Deletebagus sangat blog ni, tapi kalau kucing yang ada gigi yang kecik kecik tu boleh t ak dibgai susu dutch lady?
ReplyDeleteMenurut pesanan doktor haiwan, susu yang direka khas untuk manusia tak sesuai untuk kegunaan kucing/anak kucing. Pertama kerana zat dan vitamin yang sesuai untuk kitten, tak ada dalam susu tu. Kedua, ia akan buatkan kitten cirit birit & seterusnya kurang air dalam badan dan meninggal dunia. Oh, lagi satu, kalau kitten tengah cirit-birit pun, hentikan pemberian susu sebab ia akan memudaratkan lagi cirit-birit tu. Sekian. Terima kasih ;)
Deletesy ada anak kcing...anak kcing tu dah fobia dgn susu...macam mana nak atasi tersebut??
ReplyDeleteFobia yang macam mana tu? Apa-apa pun, mohon rujuk doktor haiwan ye sebab saya bukannya doktor haiwan. Saya hanya share pengalaman saya atas nasihat doktor haiwan.
ReplyDeleteSalam admin..sy bru 3 hari bela sekor ank kucing nie.sy jumpa dia dlm longkang,terbiar tanpa ibu.sy tidak pasti berapa umurnya.sy bawak dia balik dan mandikn dia.sy letakkn dia dlm bakul berlapikkn baju lama.sy berikan dia makan whiskas junior+air kosong sahaja.tp malangnya dia tidak suka minum air.dah try bagi susu pn dia taknak minum jgk.kuat makan tp membuang hanya sekali,dua sehari.adakah itu normal bg seekor ank kucing?macam mne plak nk ajar dia membuang dlm pasir?walau bgaimana pn,ank kucing nie aktif dn suka bermain.tolong bg suggestion admin..tq :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi bantu anak kucing tu. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda :)
Buat sementara waktu ni, anda boleh bela dulu dia dalam sangkar jaring yang disediakan bersama air kosong semangkuk, makanan dengan sukatan sehari 2 kali makan dan bekas tandas pasir kucing. Letak dalam 1 sebulan supaya dia biasa dengan penggunaan tandas pasir tu, supaya dia ingat nak minum air dan makan ikut jadual. InsyaAllah, kalau dilepaskan keluar selepas itu, dia akan tahu kalau nak buang air, kena guna pasir. Rutin buang air dia tu, selagi ia tak cirit-birit, dikira ok. Aktif? Petanda dia sihat. Dan sementara dia aktif ni, bawa dia jumpa doktor untuk diberikan ubat cacing sebab kitten mudah kecacingan. Kalau bulu dia meremang tu, ertinya ada cacing la tu. Jangan lupa kasikan kucing itu nanti ye supaya terkawal populasinya. Tak mau kena buang lagi sekali sebab beranak pinak. :) Sekian. Good luck
salam. saya ada anak kucing yg baru lahir. ibunya first time jd dia tak jaga anaknya lepas lahirkan dan anak kucing tu masih bertali pusat. ibunya juga tak menyusu slps beranakkan dia. apa yg patut saya buat :/ saya buntu krn anak kucing tu asyik mengiau dgn kuat
ReplyDeleteWalaikumsalam, mohon dapatkan bantuan klinik haiwan atau lakukan seperti yang saya tulis atau seperti video yang saya attach kan dalam artikel ini. Dapatkan susu haiwan di klinik haiwan bukan di petshop. InsyaAllah, nasihat doktor haiwan lebih membantu kerana mereka lebih pakar dalam bidang ini. Semoga dipermudahkan urusan anda. Amin.
DeleteMane nak dpt botol tu ?
ReplyDeleteDi klinik haiwan atau di pet shop
ReplyDeletemahal tak ubat cacing?
ReplyDeleteHarganya bergantung pada usia kucing tu. Kalau kitten, biasanya vet akan bagi ubat dalam bentuk cecair, dalam belas ringgit je sebotol. Boleh bagi untuk beberapa anak kucing dan tahan dalam setahun.
DeleteKalau kucing yang usia 5 bulan ke atas, vet akan bagi pil, mengikut berat badan. Kalau ikut pengalaman saya,tak mahal, dalam beberapa ringgit je. Bawak ke klinik haiwan kerajaan pun okey juga, insyaAllah.
Maaf nak tanye .. bancuhan susu untuk kitten berumur 2 minggu berapa sukatan nye ye .. Sebab sya bg susu kambing hi goat .. Kitten ni xde ibu .. N sya baru belajar nk menjaga nya .. Mohon pencerahan .. Terima kasih 😊
ReplyDeleteAlamak. Hi Goat tu untuk minuman manusia. Tak sesuai bagi kat kucing. Boleh cirit-birit & membawa maut nanti.
DeleteLebih baik belikan susu yang khas untuk kitten. Ada jual kat klinik haiwan. Tak mahal. Dalam belas-belas ringgit je untuk 300g hari tu saya beli.
Sukatannya, elok tanya vet. Mereka lebih pakar.
Terima kasih kerana bertanya. Semoga dipermudahkan segala urusan awak.