Apa khabar? Semoga para pembaca semua sentiasa dirahmati Tuhan dan sihat sentiasa.
Cuba lihat gambar di atas itu. Itulah gambar gigi geraham kucing saya yang namanya Anjang Tua. Saya namakan ia Anjang Tua sebab ada dua ekor kucing yang diberi nama Anjang, Seekor lagi Anjang Muda. Hihi. Sebelum ini saya pernah tulis tentang Anjang Tua juga dalam blog sebelum ini. Saya pun dah lupa tajuk blog itu.. Masa itu, kes kakinya berulat. Alhamdulillah, kakinya dah pulih sepenuhnya. Kali ini kes sakit gigi pula.
Bagaimana saya tahu Anjang Tua ni sakit gigi ek? Sebenarnya Anjang Tua adalah kucing yang tak bertuan. Hari-hari ia akan datang pagi dan petang setiap kali waktu makan kucing-kucing yang menumpang di rumah kami. Sebelum ini saya lihat ia okey sahaja apabila makan biskut kucing tetapi beberapa hari selepas itu, ia mula melompat-lompat kesakitan selepas mengunyah biskut kucing dan terus berhenti makan. Badannya juga mulai susut. Apabila saya cuba memeriksa mulutnya, ia marah.
Oleh itu, saya pun meminta nasihat daripada doktor haiwan yang biasa kami rujuk. Menurut kata beliau, besar kemungkinan Anjang Tua sakit gigi. Dia kata, biasanya gigi haiwan akan tertanggal dengan sendiri apabila sudah tiba masanya tetapi ada juga kes-kes lain.
Maka, saya pun bawalah Anjang Tua ke klinik haiwan. Alhamdulillah, gigi geraham Anjang Tua yang rosak itu berjaya dicabut oleh doktor haiwan tersebut. Menurut beliau, kes ini berlaku apabila gigi yang rosak itu tidak berjaya tertanggal dengan sendirinya. Macam gigi manusia la, bila dah rosak tak dicabut. Apa akan jadi? Ia akan menyebabkan gusi bengkak, berdenyut-denyut, ngilu dan sebagainya. Begitulah yang dialami oleh Anjang Tua menurut kata doktor haiwan itu.
Sejak gigi geraham itu sudah dicabut, Anjang Tua sudah boleh makan dengan riang-ria. Beratnya juga sudah bertambah. Terima kasih kepada Tuhan dan doktor yang membantu kami.
Dah habis dah tulisan dalam blog saya kali ini. Sehingga berjumpa di cerita yang lain pula. :)
Comelnyaaa...
ReplyDeleteKucing saya kene sporo dihidung, teruk jugak. Saya bagi itraconazol 3/4 biji. Masalah sekarang dh ada mslh hati, taknak makan, poo lembik, kurus...apa perlu saya buat?
ReplyDeleteMaaf lambat balas. Mohon baca artikel saya tentang kucing yang bermasalah sporo. Ada saya nyatakan tentang kepentingan memberikan tonik hati khas untuk kucing yang boleh dibeli di klinik haiwan anda.
DeleteEfek tak mau makan, ppo lembik & kurus tu, anda boleh rujuk pada vet juga sebab adabanyak kemungkinan sebenanrnya.
Semoga kucing anda dipermudahkan urusannya.
Wah macam ni rupanya gigi kucing
ReplyDelete