Thursday, February 24, 2011

Kucing sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kucing oh kucing. Sebenarnya, rumah kami tiada kucing rasmi, kebanyakkannya adalah kucing-kucing pendatang yang tumpang makan, lepas kenyang, mereka pergi ke mana-mana yang mereka suka pula. Saya pun beri mereka makanan yang dibeli secara borong 15kg sebulan di sebuah kedai borong makanan kucing di Shah Alam. Banyak juga saya dapat kurang harganya berbanding jika beli di kedai-kedai yang lain.

Walaupun kucing-kucing itu datang ikut suka mereka sahaja tetapi mereka ada nama. Haha, mudah saya nak memanggilnya apabila mereka berkerumun minta makan. Kucing memang haiwan yang di dalam kategori yang tidak setia jika dibandingkan dengan anjing (menurut kajian, saya tak bela anjing pun) kerana ia akan sayang pada sesiapa sahaja yang rajin memberi ia makan.

Tetapi yang membuat saya terkilan sedikit adalah apabila orang hanya suka membela kucing apabila kucing itu cantik, bersih dan sihat sahaja. Pantang nampak kucing macam ini, mesti tak lama, ia akan lesap entah ke mana namun bila kucing itu sakit, berkurap, kotor..., siapa pun tak ambil peduli. Kesian haiwan yang bernama kucing sakit ini.

Siang tadi saya pergi hantar seekor kucing yang kami namakan Anjang Kuning ke klinik haiwan. Masalahnya besar dan mengerikan. Anjang seekor kucing jantan dewasa. Empat hari lalu ia datang minta makan dengan kaki yang terdengkot-dengkot. Pada mulanya saya lihat lukanya sebesar belakang batang pensil sahaja. Saya pun letaklah ubat sapu yang biasa Dr. Punita (veterinarian/doktor haiwan)  untuk luka dengan harapan ia akansembuh.

Empat hari selepas tu, ia datang kembali ke rumah saya. Kakinya sudah sangat bengkak dan 2 kali ganda besar daripada biasa. Jalannya juga dah terlompat-lompat. Nanah menitik-nitik dari kakinya. Saya sabar dan siram ubat sapu yang sama. Hari ini saya tak sanggup lagi tengok lukanya yang tiada sebarang tanda mahu pulih. Bawah ini gambar kakinya yang luka kronik itu. Saya rakamkan dengan handphone sebelum ke klinik.




Saya pun masukkan Anjang dalam bakul plastik dan bawa ke klinik haiwan. Uish! Susah mahu masukkan seekor kucing liar ke dalam bakul. Syukurlah bila dalam kereta, ia diam sahaja. Sampai di klinik, Dr. Punita kata luka dia dah teruk dan ada ulat berenga atau maggot dalam bahasa inggeris. Ulat ini terhasil dari telur lalat .

Saya tanya pada doktor, "Mana? Tak de pun ulat itu doktor?"

Tidak lama selepas tu, ulat pun menguit-nguit keluar dari bawah kulit Anjang. Adus! Macam dengar pula ulat tu dan ia u-turn semula masuk ke bawah kulit Anjang. Saya tanya pada doktor, "Oh! Ada seekor saja doktor."

"No....there's plenty of them under the skin. Sebab itulah kaki dia bengkak. Selain daripada ia bernanah, ia juga ada ulat," jawab doktor tanpa rasa geli. Arghhh! Mengerikan! Doktor kata keadaannya menjadi teruk dengan cepat kerana ia kucing liar yang makan apa sahaja yang orang buang.

Tiba-tiba Anjang berasa tidak selesa dan mula meronta-ronta. Habis separuh dari bilik rawatan dipenuhi dengan darah dari kaki Anjang. Saya, doktor dan pembantu doktor juga panik menangkap Anjang yang melompat-lompat dengan darah yang meleleh banyak.

Akhirnya, bila Anjang sudah kepenatan, ia tenang dan dimasukkan ke dalam sangkar yang doktor sediakan. Ia dipakaikan kolar khas agar Anjang tak dapat jilat luka yang akan dirawat doktor.

Hari ini adalah hari ke-3 Anjang berada di klinik haiwan. Pagi tadi saya telefon doktor untuk mengetahui keadaan Anjang. Doktor memberitahu, Anjang dah semakin tenang dan mudah dirawat. Luka ia juga beransur pulih. Ulat-ulat juga dah dibuang. Syukur alhamdulillah.

Esok Anjang sudah boleh dibawa balik namun saya perlu masukkan ia ke dalam sangkar agar lukanya boleh dirawat sehingga ia benar-benar pulih untuk dilepaskan ke dunia luar seperti kucing-kucing lain. Nanti saya akan masukkan lagi gambar-gambar kaki Anjang dari masa ke semasa.

Sekian untuk hari ini. Wassalam.

6 comments:

  1. hi. boleh saya tau kat mana kedai nk borong makanan kucing kat shah alam tu? puas hari ni saya pusing2 cari pemborong makanan kucing. saya ada 13 ekor kucing, dah tak mampu rasanya nak terus beli makanan kt kedai haiwan biasa. harap2 awak boleh tolong. :)

    ReplyDelete
  2. Maaf, lambat sikit jawab. Tempat tu berdekatan dgn hotel concord shah alam, barisan belakang restoran syed, nama kedai tu, Haiwanku. Cubalah, insyaAllah dapat murah kalau selalu beli kat dia.

    ReplyDelete
  3. Kaki Anjang yang berulat tu dah bercantum lukanya, bulu pun dah tumbuh, dia sihat alhamdulillah dan semakin hensom :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah. saya google maknan kucing borong. terus terjumpa blog ni. ;)

    ReplyDelete
  5. salam..nk tnye..kdi y kt s.alam tue ade mcm2 jenis ke mknn kucing & di jual secara borong?

    ReplyDelete
  6. Ya. Ada pelbagai jenama. Harga borong tu kalau beli banyak2 & selalu. Biasalah tu. :)

    ReplyDelete