Tuesday, January 15, 2013

Kucing sakit 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Saya sihat alhamdulillah dan saya doakan para pembaca juga sihat sejahtera. Amin.

Entri kali ni saya nak kongsi cerita tentang kucing sakit lagi tetapi kucing ini sudah pun sihat. Alhamdulillah. Di bawah ini saya tunjukkan proses penyembuhan kucing yang saya namakan ia Cat. Kucing ini saya tak pasti apa punca penyakitnya sebab saya kutip dengan keadaannya yang sudah sedemikian rupa. Mungkin juga Cat adalah mangsa simbahan air panas oleh manusia yang jahil. Nak marah pada manusia itu pun tak guna juga. Apa yang penting, kita sebagai manusia yang berfikir perlu selamatkan haiwan yang teraniaya itu dahulu, rawati ia serta berdoa tanpa jemu. Mahu ambil tindakan pada manusia yang menzaliminya juga tiada gunanya kerana undang-undang negara ini tidak cukup mengerikan para penzalim haiwan.

Di bawah adalah proses penyembuhannya Cat.

1 Oktober, 2012 : Cat di klinik haiwan. Luka yang sama besar terdapat pada kedua belah badannya. Luka yang dipaparkan tu ada ulat berengga (maggot) yang sudah pun dibersihkan doktor. Kaki, ekor, telinga dan hidungnya pula dijangkiti sporo. Keadaannya sangat menyedihkan. Cat sangat kurus sehingga tak larat nak jalan.

9 Oktober, 2012 : Cat sudah dibawa balik ke rumah dan dikurung dalam sangkar. Lukanya perlu dicuci (dressing) dengan air suam, ditanggalkan selaput putih pada luka itu (jika ada) agar ubat luka (povidon) yang disapu terus bertindak balas dengan kawasan luka sehari sekali. Serbuk dalam kapsul Sporonox juga diberi dengan dos sebiji kapsul sehari kerana keadaannya yang teruk ketika itu. Saya dibantu oleh ibu saya yang baik hati. Kami sediakan bekas air suam, sarung tangan plastik (pakai-buang), kapas bulat, spatula plastik, povidon, beg plastik kecil (untuk isikan kapas kotor) dan surat khabar lama sebagai pelapik.

17 Oktober, 2012 : Luka Cat di kedua belah badannya beransur kecil dan kering walaupun berat badannya lambat naik. Alhamdulillah. Walaupun sakit teruk tetapi selera makan dan minumnya bagus cuma ia ada masalah cirit-birit. Mungkin akibat ia menjilat ubat luka yang bersifat racun itu. 

 24 Oktober, 2012 : Luka Cat semakin mengecut. Luka dalam gambar kelihatan basah kerana gambar ini diambil selepas 'dressing' luka dibuat. Kesan hitam pada lapik surat khabar di dalam gambar itu pula adalah multi vitamin yang menitis jatuh selepas saya suapkan ke mulutnya. Cat dan kebanyakan kucing di bawah jagaan saya memang tak sukakan rasa multi vitamin tu. Huhu. Multi vitamin tu perlu bagi menguatkan fungsi hati kucing-kucing sakit ni. Menurut kata doktor haiwan, daging luka yang sentiasa merah mempunyai harapan untuk lekas sembuh. Jika daging luka semakin hitam, sila rujuk semula kepada doktor kerana ia menunjukkan daging itu mati.

30 Oktober, 2012 : Luka-luka sporo banyak yang dah kering. Luka besar pada kedua belah badannya juga semakin kecil. Alhamdulillah. Bulu Cat juga dah tersusun rapi.

13 November, 2012 : Luka Cat dah hampir hilang dari pandangan. Tinggal tunggu proses tumbuh bulu sahaja. Ubat Sporonox masih lagi diteruskan dalam dos yang sama kerana jangkitan fungus itu masih ada lagi pada hidungnya yang menyebabkan saluran lubang bengkak dan sempit.

6 Januari, 2013 : Luka Cat dah pulih. Cat dah gemuk dan jelita ketika ini. Bulunya juga dah tumbuh gebu.

 6 Januari, 2013 : Hidung Cat masih belum pulih sepenuhnya tetapi ada penyusutan. Ia saya hantarkan ke klinik haiwan bagi proses pemandulan sebagai mengawal populasi kucing.

Hari ini, 16 Januari, 2013, Cat sudah saya lepaskan ke dunia luar selepas luka pembedahan mandulnya pulih. Alhamdulillah. Sesungguh Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kepada para pembaca sekelian, saya harap anda semua jangan putus asa untuk memelihara kucing-kucing yang sakit teruk atau lebih teruk daripada Cat. Yang penting sabar, berdoa dan dapatkan rawatan doktor haiwan yang betul-betul mengasihani haiwan, yang beretika dan mempunyai bekalan perubatan yang berkualiti agar proses penyembuhan haiwan itu berlaku dengan segera dan berkesan.

Harap perkongsian ini dapat membantu. Segala salah dan silap saya, harap dimaafkan. Saya bukanlah doktor haiwan, jadi ini hanyalah perkongsian daripada pengalaman sahaja, bukan rujukan dari segi pengambilan dos ubat-ubatan.

Sekian. Wassalam.

53 comments:

  1. Cat kucing yabg bertuah kerana awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Kiah. Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya saya bila ada orang kata saya curi Cat. Tu pun lps dia nampak Cat dah cantik & gemuk. Kalau saya nak curi, saya curi yang cantik & mahal, bukan yang dah berulat, yang doktor kata nyawa 50-50 tu. Sekarang Cat bersama orang tu. Yang penting saya sempat mandulkan ia sblm ia dilepaskan dari kurungan. Semoga Tuhan menyedarkan 'tuan' Cat itu.

      Delete
    2. Allah maha mengetahui segala galanya, awak D anugerah kan dri nya, dng berusaha demi cat. Bagi pendusta itu maafkan saja inshallah Anugerah awak bertambah tambah dri Allah Ta'allah amin3. Saya ada 4 ekor yg punyai sporo, inshallah saya cuba dng nawaitu ni dng mohon Allah permudahkan usaha saya ini inshallah.

      Delete
  2. huhu..hrp org tu jg kat mcm awk jge..kgn nnt ble skit die buang plak..pe2 pon tq sgt psl ubt sporonox tu...kucim sy dh hmpir smbuh wpon agak lmbt penyembuhannye,,sy rs terkilan sbb xsmpt slmtkn 3 ekor kucim sy yg dh mti sblm ni..huhuhu..sedey ble ingt kt diorg..klu xmsti diorg ade lg skang...

    ReplyDelete
  3. Salam, kucing saya hampir 2minggu dijangkiti sporo. DR dah bekalkan sporanox, marbocyl (antibiotik) dan b complex. Ada saya terbaca transfer factor juga boleh membantu. Ptg tadi sya mencari tf di farmasi, tapi tiada. Dimana sya boleh dapatkan tf. Saya perlukan nasihat saudara dlm menangani jangkitan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Mengikut pengalaman saya merawat kucing yang dijangkiti sporo, saya hanya mengubatinya dengan sporanox sahaja mengikut dos yang dinasihati doktor. Ia memang mengambil masa yang lama untuk sembuh dan alhamdulillah mereka semua sembuh. Gunakanlah sporanox hari2, insha Allah, kucing tuan/puan juga sembuh.

      Delete
  4. Salam saudara yg baik hati,

    Kucing sya dijangkiti sporo, masih mngambil ubat spiro sptmana yg dicadangkan oleh dr. Bagaimana dgn tsmpat tinggal? Saya letak kucing saya di dlm kandang khas di garaj kereta yg agak selesa, makanannya, saya beri favourite food kucing, ikan rebus yg digaul dgn nasi. Lukanya masih on off, kadang kadang berdarah, dan kemudian kering. Boleh beri nasihat :-)
    Semoga saudara akan dilimpahi rahmat dan hidayah Allah kerana menyanyangi binatang kesayangan nabi. Jasa saudara bersama ibu yang baik hati, pasti akan dibalas dgn syurga. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kepada tuan/puan yang juga baik hati,

      Berikut adalah keperluan kucing yang dijangkiti sporo :

      1) Sangkar berasingan daripada kucing lain. Saya cadangkan tuan/puan gunakan sangkar yang dijual di 'pet shop' bersaiz sederhana kerana sangkar jenis ini mudah dicuci najis dan kuman-kuman sporo dan boleh digunakan semula pada masa akan datang sebagai 'wad' kucing lain pula. Saya ada sediakan sebotol air dalam botol semburan yang bercampur sedikit Dettol tapi JANGAN semburkan kepada kucing, ia hanya untuk tujuan bersihkan sangkar sahaja.

      2) Makanan kucing - jika diberikan ikan rebus, pastikan ia bukan dari jenis ikan yang gatal seperti kembong & lain2. Sebenarnya, pemberian nasi & ikan rebus tidak cukup kandungan vitamin di dalamnya tapi ia mudah digaulkan dengan serbuk sporonox. Ikan rebus juga kalau direbus tidak berapa masak mempunyai sejenis cacing yang menjadikan kucing sakit perut atau alahan.

      Apabila kucing kurang vitamin, penyakit lambat pulih. Jadi saya cadangkan kepada tuan/puan agar bertanya multivitamin yang sesuai untuk 'back-up' kekuatan fungsi hati kucing tuan/puan itu. Saya gunakan Hi-Vit yang dicadangkan oleh doktor saya.

      Untuk makanan kucing sakit, saya biasanya akan beli 1 makanan dalam tin perisa TUNA (whiskas/friskies) untuk senang gaulkan dengan ubat. Saya beli tin tinggi, baki saya letak tin dalam beg plastik, ikat rapat-rapat dan simpan dalam peti sejuk supaya tak basi. Makanan basah memang saya hanya gunakan untuk campurkan dengan sahaja.

      Jika kucing sihat, saya berikan makanan kering dengan air yang secukupnya kerana makanan kering mengandungi vitamin yang kucing perlukan tapi pilih jenama yang berkualiti yang direkomen oleh doktor.

      3) Air minuman yang diganti hari-hari.

      4) Sangkar yang dibersihkan hari-hari.

      5) Doa untuk kucing itu hari-hari. :)

      6) Gunakan sarung tangan plastik pakai buang semasa menguruskan kucing itu dan cuci tangan dengan sabun.

      Saya doakan kucing tuan/puan sembuh dengan segera. Jangan putus asa kerana penyakit ini memang banyak menguji kesabaran dan kewangan kita. Semoga Tuhan murahkan rezeki tuan/puan kerana membantu kucing itu. Ameeen.

      Delete
  5. bole saya tahu ubat apa yg digunakan merawat kucing tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya ada tulis senarai ubat yang terlibat pada setiap penerangan gambar di atas. Mohon dibaca. Terima kasih. :)

      Delete
  6. salam..blh sy tau awk mandul kan kucing d'mane?sy ade 6 ekor kucing,4 jantan 2 betine..sy risau lau x d'mandul kn,bertambah la jwbnye..sy tnye bnyak tmpt,sumenye mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya mandulkan kucing betina di klinik haiwan swasta. Kosnya lebih kurang rm250 siap tinggal di klinik selama 7 hari sampai luka sembuh. Jika mandulkan di klinik haiwan kerajaan lebih murah tetapi kita perlu pantau sendiri jahitan selepas bedah itu. Saya bukannya banyak duit sangat tapi bila mengenangkan kesan jahitan yang perlu dipantau, masa yang terhad, dapat pula kucing yang suka gigit-gigit jahitan tu (pernah seekor kucing saya gigit sampai terbuka jahitan sehari selepas bedah), saya tak mampu nak tanggung risiko yang lebih mahal lagi daripada itu.

      Delete
    2. Salam,
      Hospital vet upm ada juga menyediakan perkhidmatan ni, kalau tak silap rm 100, bagi seekor kucing. In Sya Allah, rezeki Allah bagi. Buat segala gala kerana ALLAH, ada rezeki lain yang menanti. Ameen.

      Delete
  7. Salam saudara eman,
    Boleh saya tahu vit, liv - 52, produk apa? Berapa pula harganya ? Di mana boleh saya dapatkan liv 52 utk saya berikan pada dua ekor kucing yg dijangkiti sporo. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Liv-52 adalah jenama bagi multivitamin yang direkomen & dibeli pada doktor haiwan yang merawat kucing2 saya. Harga yg ditawarkan rm35 rasanya. Boleh juga beli multivitamin Hi-vit rm35 sebotol. Kedua-duanya cecair. Fungsi utamanya adalah untuk mencekapkan hati kucing. Kuman sporo perlu diubati dengan kapsul Sporonox. Boleh rujuk artikel saya sebelumnya bagi perkongsian pengalaman saya merawat kucing sporo. Terima kasih. Semoga kucing tuan/puan lekas sembuh. Amin.

      Delete
  8. kucing saya sakit.. dia tak lalu makan.. badannya kurus sangat.. leh ke makan multivitamin ni.. saya tak pasti dia sakit apa.. tapi hari ni saya akan bawanya ke klinik haiwan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Ada banyak sebab kucing tak lalu makan. Antaranya sakit gigi atau gusi, demam dan lain-lain. Eloklah dibawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut. Biar doktor rekomenkan ubat yang sesuai. Semoga kucing tuan/puan lekas sembuh.

      Delete
  9. Salam.

    Saya agak muram bila kucing yg dijumpai bulan lepas makin berkurang sihatnya. Terima kasih atas perkongsian ini untuk semangat saya untuk lebih menjaga kucing tersebut.

    Sekarang saya hanya bagi dia ubat anti-fungus dan makanan lembut beli pek kecil tu.

    Nanti saya sambung lagi ya.

    Nur Ilham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Nur Ilham,

      Adakah cikpuan sudah pastikan penyakit kucing cikpuan itu?

      Jika sah ia menghidapi sporo, ada ubat terkini yang lebih berkesan dan cepat sembuh baru diperkenalkan oleh vet saya 2 minggu lepas.

      Mohon cikpuan dapatkan ia daripada klinik haiwan, jenis cecair, lebih murah daripada sporanox, rm190, namanya Intrafungol oral solution, jenama Janssen. Ia diberi makan ikut berat badan kucing guna syringe yang diberikan dlm kotak, aturannya pada kotak sehari sekali selama 7 hari lepas tu berhenti 7 hari lepas tu sambung semula lagi 7 hari. Saya dah cuba pada seekor lagi kucing sporo saya, alhdulillah, perubahannya lebih cepat.

      Semoga kucing cikpuan lekas sembuh. Amin.

      Delete
  10. Salam dekat mana nak cari multivitamin? Dan tf 2? Urgent, area kl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Multivitamin untuk haiwan boleh didapati setiap klinik haiwan. Apakah TF2 itu? Maaf saya tak tahu. Setakat ini ubat yang efektif terhadap penyakit sporo & direkomen oleh doktor haiwan adalah Sporonox (dibeli di farmasi) atau Intrafungol (klinik haiwan, cecair, formula terbaru bagi penyakit sporo). Lain-lain ubatan saya tak pernah cuba. Risiko.

      Delete
  11. Salam , saya nak tanya tentang dressing .. selaput putih tu apa? .. boleh ke lepas saya cuci luka , kemudian sembur poviden & balut dengan kapas?
    - bellaoink@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Selaput putih yang dimaksudkan adalah lapisan nipis berwarna putih yang terbentuk sebelum terbentuk kepingan kudis keras. Tapi luka sporo tak terjadi perkara ini kecuali apabila ia hampir pulih. Kes dalam artikel di atas adalah campuran luka biasa & luka sporo.

      Jika luka sporo, tak cuci dengan povidon pun boleh. Luka kucing tak perlu dibalut. Biarkan ia kering sendiri selepas disapu povidon. Yang penting, luka itu tak dapat dijilat kucing kerana povidon adalah racun. Walau bagaimanapun, sila rujuk artikel saya yang bertajuk soal jawab kucing sporo untuk lebih lanjut atau rujuk pada doktor haiwan Cikpuan agar tak berlaku komplikasi lain kerana saya hanya bukan doktor. Saya hanya kongsi pengalaman. Semoga kucing Cikpuan lekas sembuh. Amin :)

      Delete
  12. Saya baru buang makanan kucing A/D Critical Care yang vet sarankan untuk kycing saya yang sakit. MasyaAllah! Bila check website jenama tu rupanya ada daging khinzir! Tuan/puan jangan jadi macam saya...buta-tuli ikut saranan vet pasal makanan. Ubat-ubatan lain; makanan lain.Habis kena samak semua bekas yang digunakan. Utk org Islam hati2 beli beli mknan kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jangan risau. Saya baru berbincang dengan beberapa ustaz, (rujukan dalam google pun ada). Khinzir HARAM dimakan oleh manusia, bukan bagi haiwan lain. Kita masih boleh memberi ubatan itu kepada kucing tetapi pakai sarung tangan, sudu & perkakas yang khas la ketika menguruskannya. Kucing yang dah makan ubatan itu tak haram disentuh. Yang HARAM disentuh adalah khinzir, anjing & mana2 haiwan yang hasil kacukan salah satu atau kedua-duanya. Sekian. Harap maklum.

      Delete
    2. Salam, jangan risau. Saya baru berbincang dengan beberapa ustaz, (rujukan dalam google pun ada). Khinzir HARAM dimakan oleh manusia, bukan bagi haiwan lain. Kita masih boleh memberi ubatan itu kepada kucing tetapi pakai sarung tangan, sudu & perkakas yang khas la ketika menguruskannya. Kucing yang dah makan ubatan itu tak haram disentuh. Yang HARAM disentuh adalah khinzir, anjing & mana2 haiwan yang hasil kacukan salah satu atau kedua-duanya. Sekian. Harap maklum.

      Delete
  13. Sy sedih bila tgk kucing sy nangis. Kucing nangis ke? Atau just klr airmata. Kucing sy dpt sporo dan telah di bawa ke hptal vet upm last week. Dr mula ckp blh tidorkan dia klau x nak jaga. Tp kami decide utk bg ubat dulu. Jangkitannya hanya di satu kaki je. Tp dah hampir seminggu dia mkn ubat sy nmpak x byk progress. Ubat sporonox hanya sepruh kapsul satu hari. Blh ke sy bagi satu kapsul. Nxt appt Dr suruh dtg selepas satu bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dos sporonox perlu diambil mengikut berat badan kucing. Kalau kurang daripada 1kg, lebih elok diambil separuh. Kalau berat kucing 3kg, boleh cuba 1 biji. Kesan ubat memang mengambil masa yg lama lebih-lebih lagi kalau ia terkena pada tapak kaki ataupun hidung. Boleh baca tajuk blog saya, Soal jawab tentang sporo untuk maklumat lanjut.

      Delete
  14. Hari ini sedih..anak kucing mati..neighbor sepak. Panggil nak tanya citer sebenar gia tak klr pun..ada juga org sekejam itu.

    ReplyDelete
  15. sy bwk kucing sy yg kn sporo pg klinik..sy ty doc cucuk ubat ape..die cm ckp antibiotic je..tuptup kucing sy mati keesokkan hari..sy rs die cucuk ubat mati kat kucing sy...srh kucing sy mati pelahan-lahan...sy menyesal anta pg klinik..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wrb. Awal sept 2013, ada sekor kucing yg saya rawat dgn kaedah yg sama (atas saranan vet). Saya bagi mkn original sporanox 1 biji sehari & saya sapu krim anti fungal jenama LAMISIL. Krim tu boleh beli kat Guardian. 1 1/2 bulan berlalu, mmg nampak ketara sangat perubahannya sampai kudis2 semua jadi kering & baik mcm biasa. Cuma benjolan kat telinga tu masih ada lagi. Saya pun berhentikan sporanox lebih kurang seminggu. Malangnya waktu saya berhenti tu, benjolan yg kat telinga tu nampak macam luka balik. Terus saya sambung bagi kucing tu makan sporanox. Dah seminggu makan ni nampak macam takde perubahan. Hidung pun dah bengkak sebelah. Ada suggestion lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam, adakah tuan/puan ada berikan kucing itu makan hi-vit (multivitamin)? Mohon diberikan ya multivitamin itu bersama sporanox itu.
      Penyakit sporo berulang, itu adalah perkara biasa. Kucing saya juga pernah berlaku perkara ini. Apa yang boleh saya cadangkan ialah, ulangi pengubatan sporonox 1 biji + 1.5ml multivitamin sehari sehingga bengkak di hidungnya surut & kembali normal. Bahagian hidung & tapak kaki memang lambat sembuh tetapi boleh sembuh. Jangan putus asa. Saya doakan kucing tuanpuan lekas swmbuh & dimurahkan rezeki. Ameennn.

      Delete
  17. post ni sgt membantu sy dr. kucing sy pun vet diagnose ad penyakit ni. Insha Allag sy ikut nasihat dr. terima kasih dr

    ReplyDelete
  18. saya nak tanya, hrga ubat sporonox tu berapa? sy kurang paham megenai multivitamin. kiranya apa jenis/ brand multivitamin utk kucing pun xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya bukan doktor. Saya hanyalah seorang yang berpengalaman dalam menguruskan kucing2 yang mempunyai masalah seperti penyakit sporo.
      Harga sporonox atau ubat sporo dalam bentuk cecair mungkin berlainan mengikut farmasi/klinik haiwan tetapi anggarannya ada saya tuliskan dalam artikel blog ini yang bertajuk soal jawap kucing sporo.
      Multivitamin memang wajib diberi kepada kucing sakit sporo bersama dengan ubat sporonox atau ubat cecair sporo. Jenis yang direkomen oleh doktor haiwan pun ada saya nyatakan dalam tajuk blog yang sama.
      Sekian. Semoga kucing tuan/puan lekas sembuh.

      Delete
  19. Salam kucing sy d jangkiti sporo..sebulan yg lps sy bw g vet kt cheras die bg ubat tp die x bg sporonox..die just bg ubt pil & tonix utk liver..arini sy g lg vet tu tp die soh bwk g klinik haiwan kt UPM..skng luka d pipi bsr sgt tp keliling luka tu dh b'kudis mcm kering..benjolan d telinga still ade tp benjolan yg bsr2 dh x de tnggl yg kecil2 je..kaki lak kt celah2 jari mcm ade luka..pastu nk tanye knp kucing sy suka garu luka die smpi drh memercik2 kt pipi..doc ckp soh pkikn collar tp mslhnye luka kt pipi tu smpi ke leher klu sy pkikn collar akn kene pki luka tu..buntu dh sy ni..sy cuba pki kn stokin bby tp mslhnye die kencing smpi stokin tu basah pastu bile sy tkr stokin tgk kaki die lak kne infection..kucing sy dh sbln kne sporo agak2 ade hrpn x..hr isnin br nk bwk g UPM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mohon puan baca artikel saya dalam blog ini juga, yang bertajuk 'Soal Jawab Kucing Sporo'. Baca juga bahagian komen di bawah tajuk itu. Banyak perkara yang saya kongsikan bersama pembaca di situ & ada ubat-ubat yang direkomen oleh doktor saya tuliskan dalam artikel itu. Harap tulisan itu dapat membantu puan.

      Delete
  20. Salam.. kucing saya kena sporo.. saya bg transfer factor. So far nmpk kering tp dlm hidungnya pula mcm bengkak. Saya nk beli sporanox kat kedai haiwan tp x ada.. kat mn boleh beli? Sini x ada vet private

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sporonox memang hanya didapati di farmasi saja. Mohon tuan/puan baca artikel saya yang bertajuk 'Soal Jawab Kucing Sporo' untuk maklumat seterusnya. Bahagian komen pembaca juga ada perkongsian maklumat tambahan. Didoakan kucing tuan/puan lekas sembuh. Amin.

      Delete
  21. bagi yang berminat nk dapatkan transfer factor secara loose pack blh pm saya di fb https://www.facebook.com/CornerDstall

    ReplyDelete
  22. Assalam e-man dhani saya ada kucing kampung yg selalu datang dan saya kasihan dan beri kucing tu makam selepas itu mengandung dan baru2 ni nmpk mvm nk bersalin sebab keluar darah saya tunggu 2 hari tak bersalin lg kemudian sya bawa ke klinik vet utk tgk pegawai tersebut beritahu anak nya dah mati dan perlu oparate utk mencuci kandungan tersebut srlepas 5 hari luka pembedahan tersebut keluar nanah lagi sekali saya bawa utk dirujuk dgn vet swasta pula dr ckp luka teruk dan penuh nanah dr tu telah mencuci dsn jahit semula. Tetapi selepas 2 hari sya tgk luka tersebut madih belum baik dan bernanah blk kali dengan ada lubang bekas jahit besar apa yg saya perlu buat saya rasa bersalah dan kesian kt kucing tu saya pulak dah kurang duit utk ke klinik vet swasta yang lain. Tolong saya apa yg patut saya buat dan ubat apa yg diperlukan utk saya membuat rawatsn sendiri....tolong sangat2 saya kesian kt kucing ni dengan anak yg mati kasihan.....

    ReplyDelete
  23. Kucing saya sporo tahap teruk i.e seluruh hidung dah pecah, 4 kaki & 2 luka di ekor sebesar 20 sen. Berbulan2 dalam wad akhirnya vet suruh pts. Akhirnya saya nekad bawa pulang dan surf internet untuk cara rawatan lain.

    Saya terbaca blog tuan dan cuba mengikut kaedah yg tuan usahakan pada kucing2 tuan. Saya ke vet lain beli sporanox dan vet nasihatkan saya beri 1/4 dari kapsul kpd kucing sehari sekali. Saya juga menyapu losyen Lamisil dan beri multivitamin Ventri DMG.

    9 hari luka2 masih berair menanah. Vet masih bertegas dgn dos 1/4 dari kapsul. Akhirnya pagi ni saya curi2 beri 1/2 kaosul dan menjelang tengahari permukaan luka2 itu kering! Tetapi kucing saya menjadi tak aktif dan tidur saja.

    Soalan saya : perlukah saya ikut dos vet 1/4 ataupun teruskan dengan 1/2 kapsul, memandangkan luka itu kering dgn dos tersebut. Kucing saya seberat 2.5kg dan selera makannya baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan doktor haiwan, jadi agak risiko juga jika saya bagi pendapat tentang dos ubatan pada cikpuan. Tapi kalau ikut pengalaman saya, dgn berat kucing 2.5kg dan luka yg beransur kering setelah ditambah dos, insyaAllah ok dos 1/2 kapsul itu. Nanti baca artikel saya yang bertajuk soal jawab kucing sporo ye untuk tambah info tambahan lagi sebab kucing cikpuan perlu diberi multivitamin juga untuk kuatkan fungsi hati kucing tu. Semoga kucing cikpuan lekas sembuh. Amin.

      Delete
    2. Salam, hingga ke hari ini masuk hari ke 13 dan luka di ekor masih basah lagi. Pagi ni saya terbau luka makin busuk walaupun luaran nampak kering dan saya rendam kaki kucing dama air suam + syampu antifungal, barulah l lekang kuping dan banyak nanah rupanya!

      Setelah mengikuti semua tulisan tuan mengenai penjagaan kucing sporo dan dos 1 biji kapsul sporanox yg tuan berikan pada Cat (mengikut tuan Cat sangat kurus ketika tuan mula merawat) bolehkah saya menaikkan dos kepada 1 biji kapsul memandang lukanya menjadi berair dan busuk?

      Terima kasih kerana berkongsi tip penjagaan kucing sporo, banyak membantu kami semua.

      Delete
    3. Salam, maaf lambat balas. Saya tak berani nak cakap ya atau tak sebab dos yang saya naikkan tu semuanya atas nasihat doktor. Cuba puan tanya doktor haiwan dengan berikan alasan seperti yang puan tuliskan di atas. Saya doakan kucing puan beransur sembuh dan semoga Tuhan murahkan rezeki puan kerana ikhlas membantu kucing tu. Amin.

      Delete
  24. Encik boleh tak kiranya sy tau harga pil spronox tu? Kucing sy dah 3 tahun sy jaga. Luka tak sembuh2.

    ReplyDelete
  25. Salam, cuba tuan/puan/cik tengok artikel dalam blog saya ni yang bertajuk soal jawab kucing sporo. Di situ saya ada tulis detail tentang lingkungan harga dan ada juga yang terkini, ubat cecair yang lebih murah dan khas dibuat untuk haiwan. Kalau sporonox ni mahal dan bukan untuk haiwan. Cuba baca juga bahagian komen2 saya dan pembaca. Kadang2 ada jawapannnya di sini.

    ReplyDelete
  26. Remy saya disahkan sporo. Dah 6hari mkn inox. Sudah mempunyai 3 kawah sebesar 20sen di bhgn perot berhampiran kaki. Di bhgn kedua belah ketiak setiap satu saiz 5sen. Arini.. kaki pulak mula berdarah.. saya kurungkan di dlm sangkar yg dicuci hari2. Yg dirisaukan.. saya ada 2ekor lg yg sentiasa lalu lalang di hdpnnya utk mkn. Perlukah saya asingkan sangkar di mana harus berjauhan dr yg kucing yg sihat. Apakah mereka akan dijangkiti juga?? Mereka saya telah berikan bedak antifungal setiap hari. Semburan campuran dettol and antiseptik tablet disemburkan di seluruh rumah seadanya. Apakah langkah agar yg sihat tidak dijangkiti? Atau ada vitamin / immunisasinyg perlu diambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Gee boleh baca panduan tambahan dalam artikel saya di blog ini juga.

      Delete
    2. Cik Gee boleh baca panduan tambahan dalam artikel saya di blog ini juga.

      Delete