Thursday, September 7, 2017

Nanah dalam uterus kucing atau pyometra

Assalamualaikum dan apa khabar pencinta-pencinta haiwan semua!

Dah lama betul saya tak update blog saya ni tapi insyaAllah setakat ni, saya akan menjawab semua soalan-soalan yang para pembaca tanya di ruang komen dalam blog ini sebaik yang saya mampu bantu.

Sejak ada FB dan mendapati para pembaca saya lebih ramai di FB berbanding blog, saya lebih rajin tulis di blog supaya ia lebih dapat dimanfaatkan dengan segera. Tapi kalau ada maklumat yang perlu saya tuliskan dengan lebih panjang, saya terpaksa gunakan platform ini untuk berkongsi.

Terkini saya ada selamatkan 2 ekor anak kucing. Seekor ni entah siapa yang buang kat rumah saya. Alih-alih je dia tengah makan kat dalam kawasan kucing saya melepak. Anak kucing ni ada masalah kurap yang teruk. Memang tak pernah nampak sebelum ni dan saya yakin ada orang yang sengaja buang kat rumah saya. Orang macam ni jenis tak mau bertanggungjawab pada masalah yang dia dapat. Suka-suka je paskan masalah tu pada orang lain. Haish! Semoga Allah bagi hidayah kepada orang-orang sebegini.

Anak kucing kedua yang saya nak cerita ni abang saya jumpa kat Putrajaya, 2 bulan lepas. Ni lagi satu hal! Ada ke patut buang anak kucing kat area Palace of Justice, Putrajaya tu? Mana la kucing-kucing ni nak dapatkan makanan? Tak berfikir langsung manusia ni. Saya sumpah mereka ni supaya jadi penyelamat haiwan dan pendakwah. Hah! Tak pasal-pasal korang kena sumpah jadi baik.

So, berbalik kepada tajuk asal topik kali ni iaitu PYOMETRA atau nanah dalam uterus atau ovari kucing. Memandangkan kucing yang abang saya jumpa tu di area Palace of Justice, maka saya namakan ia YB. Ni budaknya.


Pyometra ni kalau penerangan dalam Bahasa Inggerisnya adalah , 'is an infection in the uterus. Pyometra is considered a serious and life threatening condition that must be treated quickly and aggressively. Pyometra is a secondary infection that occurs because of hormonal changes in the female's reproductive tract.' - Kredit info kepada Ernest Ward, DVM

Dalam kes YB ni, dia ni saya rasa dalam umur 6-7 bulan. Yang saya nampak, baru sekali 'on heat'  atau dalam bahasa mudahnya, baru tahap miang-miang nak mengawan le gitu. Memang tak berniat pun nak biakkan kucing-kucing ni sebab saya tak mampu nak bela banyak-banyak & tujuan saya bantu selamatkan kucing-kucing terbiar ni adalah untuk kawal populasi mereka.

Sebelum ni saya pernah terbaca satu perkongsian tentang bahayanya kucing betina yang dikurungkan dan lambat dimandulkan. Ya, ini memang suatu perkara yang ramai orang tak tahu dan saya pun baru belajar daripada pembacaan & pengalaman ini.

YB yang saya lambat bawa pergi bedah mandulkan ini telah dijangkiti PYOMETRA, di mana seminggu lepas dia 'on heat' saya nampak dia tak boleh nak kencing selepas 2 kali mencangkung tapi tak keluar pun air kencing.

YB kucing betina & biasanya kucing betina jarang kena batu karang. Saya suspen jugak. Lepas tu, saya tengok punggung dia. Alamak! Ada nanah sikit kat lubang kencing dia. This is not good tapi hari dah petang masa tu. Klinik dah tutup pun. Saya berdoa agar YB dipanjangkan umur untuk saya bawa jumpa doktor esok.

Awal pagi keesokkan harinya, sebelum klinik haiwan buka, saya tengok, YB dah tak aktif dah & masih ada masalah nak kencing. Nanah pun ada lagi di lubang kencing dia walaupun saya dah lap semalam. Jam 11 pagi, saya pi bawa YB jumpa doktor dan esok tu, doktor mandulkan YB terus.

Doktor kata, ovari dia dah dipenuhi nanah dan membengkak. Boleh membawa maut kalau lambat diselamatkan. Menurut kata beliau, kucing betina bila on heat, kalau tak dikahwinkan atau tak dimandulkan, discaj atau lelehan pada lubang kencing yang kucing tu tak jilat, akan dijangkiti bakteria dan akan membahayakan ovari atau saluran peranakan dia. Lebih kurang macam tu la kalau nak diterangkan dengan bahasa mudah.

So, secara amnya, kalau kucing anda 'on heat', janganlah dikurung dia bagi mengelakkan dia daripada mengandung. Lebih baik anda bawa dia pergi mandulksn saja & kalau lepas itu anda nak lepaskan ia, dah tak terasa bimbang dah. Dan jangan lupa, vaksin kucing anda setiap tahun. Bagi tahun pertama, ada 2 kali vaksin yang perlu dilakukan. Ubat cacing juga jangan lupa.

Ok lah. Alhamdulillah. Itu saya coretan saya kali ini. Saya doakan semoga kita semua sentiasa dikurniakan rezeki melimpah ruah agar dapat berbuat baik kepada semua makhluk Allah di seluruh bumi ini. Dan kepada pembuang & penzalim haiwan tu... bertaubatlah. Kalau manusia tak nampak perbuatan anda, jangan lupa... Allah maha Melihat.