Saturday, March 23, 2013

Soal Jawab Tentang Sporo Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak soalan yang saya terima daripada artikel saya yang bertajuk 'Kucing Sporo'. Jadi, suka saya ringkaskan soal jawab itu dalam bentuk Q&A bagi menjimatkan masa pembaca mendapat jawapan 'straight forward'. Saya bukan doktor haiwan tapi pengalaman yang saya kongsikan ini adalah hasil nasihat seorang doktor haiwan yang banyak membantu saya. Credit to Dr. Punitha D' Silva.

Q1 : Apakah itu sporo?
A1 : Sporo adalah ringkasan bagi nama Sporotrichosis iaitu sejenis penyakit kulit yang lambat sembuh akibat jangkitan kulat, bukan bakteria atau kuman.

Q2 : Bagaimana ia boleh menjangkiti haiwan?
A2 : Daripada tanah dan bergaduh dengan haiwan lain yang sudah ada sporo. Mungkin haiwan kita ada luka, jadi bila ia terdedah pada kulat tersebut, ia mudah terjangkit.

Q3 : Bolehkah ia menjangkiti manusia?
A3 : Boleh bagi manusia yang ada luka & tidak mencuci tangan selepas menguruskan luka haiwan yang dijangkiti itu.

Q4: Bagaimana ianya dikenali?
A4 : Apabila luka masih lagi basah selepas 3-4 hari dirawat dengan minyak gamat atau ubat luka khas haiwan atau antibiotik haiwan. Luka rupa seperti lekuk/ mangkuk/ kawah. Bawa jumpa doktor haiwan terlebih dahulu untuk mengesahkannya. Ada doktor yang ambil jalan mudah dengan suruh 'inject mati' sahaja haiwan itu. Jangan mudah pilih jalan itu. Ia boleh dirawat cuma ambil masa & perlu kesabaran yang tinggi.

Q5 : Di mana ia selalu menjangkiti?
A5 : Telinga, ekor, tapak kaki, hidung. Biasanya hidung, tandanya dengan bersin kuat sehingga berdarah & hidung tumbuh seperti jerawat, lubang hidung jadi sempit. Jika tidak dirawat, bengkak berupa jerawat itu boleh pecah & kesan luka itu akan menyebabkan batang hidungnya berlubang.

Q6 : Bagaimana cara merawatnya?
A6 : Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor.
       Kedua   - Beli ubat cuci luka dipanggil povidon atau ubat cuci luka untuk haiwan melalui doktor.
       Ketiga   - Beli kapsul Sporanox di farmasi kerana klinik haiwan tidak menjualnya. Ia adalah ubat
       manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai.
       Keempat - Asingkan kucing sporo dalam sangkar berasingan, sangkar besi yang khas untuk haiwan,
       bukan sangkar kayu buatan sendiri bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing
       buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih &
       biskut kucing. Tak perlu guna pasir kucing sebab nanti melekat pasir pada luka tersebut.
       Pastikan sangkar sentiasa bersih dengan campuran satu penutup dettol dengan air yang
       dimasukkan dalam botol spray bunga. Pancit & lap kesan najis sehingga kering bagi
       mengelakkan gangguan lalat. Lalat boleh menyebabkan luka berulat pula.
       Kelima -  Pakai sarung tangan pakai buang, cuci luka dengan air suam menggunakan kapas bulat
       (cotton ball - beli di farmasi), kemudian sembur dengan povidon sehari sekali. Elakkan
       daripada kucing jilat povidon itu dengan memakaikan ia kolar khas kucing seperti gambar
        yang disertakan. Kapsul Sporonox diberi sehari sekali mengikut cadangan doktor haiwan.
        Bagi juga multi vitamin setiap hari bagi menguatkan fungsi hati haiwan & mempercepatkan
        proses penyembuhan. Berikut adalah antara bahan yang digunakan bagi mencuci luka
        haiwan dan povidon seperti dalam gambar A8.
Penyepit plastik untuk sepit  'Cotton Ball'
Sarung tangan plastik pakai buang (100 helai rm5 di Daiso)


Bebola kapas/ cotton ball (gambar Google)
Kolar kucing (gambar Google)
Letakkan pengikat seperti di atas (boleh juga guna kain perca tapi jangan tali rafia) supaya ia tidak mudah dibuka oleh kaki kucing sebab kucing tak suka pakai kolar kon ni
Q7 : Bagaimana nak beri makan ubat Sporanox?
A7 : Ini adalah Sporanox yang biasa saya gunakan. Ada juga rupa yang sama tapi jenama berlainan dan harga pun lebih murah daripada Sporanox. Saya pernah guna kedua-dua jenama ini tapi Sporanox lebih cepat berkesan. Buka sarung kapsul itu & tuangkan butiran Sporanox dalam sesudu besar makanan tin perisa tuna (soft food jenama apa-apa pun boleh). Kalau doktor haiwan kata, dos haiwan itu 1/2 kapsul, tuangkan separuh isi Sporanox dalam makanan. Baki disimpan untuk esok pula. Tin makanan lembut kucing dimasukkan dalam beg plastik kecil, ikat & disimpan dalam peti sejuk supaya tak cepat basi. Sporanox tak boleh larut dalam air.

Q8 : Boleh tak cuci luka haiwan guna dettol & iodin?
A8 : JANGAN! Ia 'tajam', boleh membunuh dan boleh memburukkan keadaan luka tersebut. Gunakan Povidon yang memang khas untuk cuci luka haiwan. Beli pada doktor haiwan dan masukkan dalam
botol spray kecil seperti di bawah. Botol ini boleh dibeli di Guardian. Sebenarnya botol toner cuci
muka. Jika luka sporo tu di bahagian mata atau berdekatan, tidak perlu dicuci dengan Povidon. Jika mahu dicuci dengan kapas yang dicelup dengan air suam juga memadai.


Q9 : Berapa lama nak bagi ubat Sporanox?
A9 : Bergantung pada tahap keseriusan luka tersebut tapi biasanya 10 hari pertama dah boleh nampak luka mula mengecut tapi jika tiada perubahan, tanya doktor anda, bolehkah dos Sporanox ditambahkan? Kalau boleh, gunakan dos yang baru pula. Teruskan bagi makan Sporanox, multi vitamin dan cuci luka seperti cara yang dinyatakan di atas sehingga kesan luka itu ditumbuhi bulu yang lebat (seperti gambar dalam artikel 'Kucing Sakit 2'). Jika tidak, luka ini boleh berulang semula. Paling lama boleh ambil masa sehingga sebulan tapi kalau betul cara rawatannya, dosnya, 25 hari dah tumbuh bulu lebat di situ tapi sporo di hidung lama sikit sembuh sebab dalam hidung.

Maklumat terkini saya dapat daripada doktor haiwan, ada kes sporo yang memakan masa sehingga 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya. Oleh itu, harap pemilik kucing sporo bersabar, dan BERIKAN SPORONOX SETIAP HARI SEHINGGA IA BENAR-BENAR SEMBUH. Tercicir 1-2 hari pemberian sporonox boleh melambatkan proses penyembuhan.

Q10 : Mengapa haiwan/kucing saya cirit-birit bila makan Sporanox?
A10 : Cirit-birit itu mungkin kerana ia jilat ubat luka Povidon itu. Pakaikan kolar seperti gambar di atas pada kucing. Cuci kolar itu setiap hari sebab kadang-kala ia terlekat najis. Kalau kucing pandai buka kolar itu, ambil kain perca masuk pada ruang kecil macam lubang tali pinggang pada kolar itu & ikat longgar-longgar, jangan sampai tercekik pula, janji kucing tak boleh tanggalkan kolar tu dengan kaki dia.

Q11 : Perlukah letak ubat sapu atau bagi ubat lain-lain supaya cepat sembuh?
A11 : Setakat ini, saya hanya guna cara & ubat di atas sahaja. Alhamdulillah, lebih daripada 5 ekor kucing
sudah sembuh. Jika luka tidak kering juga selepas 5 hari, cuba hentikan teknik cucian luka seperti yang saya nyatakan di atas & rawat kucing sporo dengan pemberian pil Sporonox & pemakanan multi vitamin sahaja.

Terkini, ada ubatan cecair yang direkomen oleh doktor haiwan dan boleh dibeli dari klinik haiwan. Gambar kotak ubat itu seperti di bawah dan cara penggunaannya seperti yang tertulis pada kotak iaitu 7 hari diberi makan ubat itu, 7 hari seterusnya berhenti dan 7 hari lagi selepas itu disambung semula. Dosnya adalah mengikut berat badan haiwan tersebut. Harga pula mungkin mengikut klinik yang menjualnya tetapi efeknya lebih cepat berbanding Sporonox & multivitamin mesti diberikan juga.


Di bawah adalah gambar kesan pemulihan bagi penggunaan ubat di atas. Kesannya didapati lebih cepat berbanding kapsul Sporanox.



  


Q12 : Boleh bagi nasi campur ikan rebus tak pada kucing sporo?
A12 : Buat sementara waktu ini, berikan soft food perisa tuna (bila nak campur dengan Sporanox) dan
biskut haiwan kerana makanan ini ada vitamin tambahan yang diperlukan untuk bantu proses
pemulihan. Jenama pula, jika yang murah, vitaminnya ada cuma kualiti vitamin yang digunakan
kurang sikit berbanding vitamin dalam jenama premium.

Q13 : Multi vitamin yang macam mana nak bagi?
A13 : Ada jenis pil & cecair. Boleh beli di klinik haiwan atau pet shop tapi lebih baik yang direkomen oleh
klinik haiwan kerana mereka lebih mahir. Kalau ada jenis pil, lagi bagus kerana bau multi vitamin ni
haiwan tak suka.

Q14 : Apa kesan sampingan Sporanox?
A14 : Kalau diberi salah dos, boleh membahayakan nyawa haiwan kerana ia adalah ubat manusia. Kalau
terkurang dos pula, ia tak akan memberi kesan pada luka tersebut. Sila rujuk doktor haiwan anda.
Kalau ia tidur sahaja, ia perkara biasa bagi haiwan sakit. Nanti 3-4 hari kemudian, ia beransur kuat
kembali, insyaAllah.

Menjaga haiwan sakit memang memerlukan komitmen yang tinggi, kesabaran dan pengorbanan dari segi wang dan masa. Jangan abaikan kesihatan kita pula bila sibuk jaga kesihatan kucing. :) Yang penting usaha + doa + yakin = insya Allah berjaya cuma lambat sikit la sebab ia sakit luar biasa.

Semoga dipermudahkan urusan para pencinta haiwan sekelian. Didoakan rezeki anda murah, disayangi Tuhan & luka haiwan kesayangan anda itu lekas sembuh. Hanya Tuhan sahaja yang membalas jasa baik anda pada haiwan tersebut.

Kalau anda penat atau sedih, ceritakan masalah anda kepada doktor haiwan atau mereka yang faham & sukakan haiwan kerana jika anda salah mengadu, anda hanya akan mendapat nasihat negatif sahaja daripada mereka & anda bertambah sedih.

Sekian. Mohon maaf dari saya pencinta kucing. :)

105 comments:

  1. Terima Kasih Kak Killa, Hanya kepada Allah sebaik2 ganjaran diatas keikhlasan perkongsian imlu dan kata2 semangat....

    Semoga Allah Merahmati Mu Kak Killa.... Ameen...

    Nadyea_beba

    ReplyDelete
  2. t kasih atas nasihat yg amat berguna.. sedih sgt2, smlm saya terpaksa buat keputusan yg saya x nak.. salah seekor kucing saya baru di"tidur"kan malam tadi kerana kudis yg dah teruk & paru2 rosak sbb sporo.. ada lagi 4 ekor yg dah mula berkudis.. saya nak jaga betul2 yg 4 ekor ni, moga2 sembuh sbb mmg saya sgt2 sayangkan kucing2 saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kucing-kucing itu lekas sembuh. Jika tuan/puan tak cuci luka sporo itu pun boleh juga, yang penting berikan dos sporonox & multi vitamin yang sesuai dengan berat badan kucing itu setiap hari. Berikan good food, air minuman yang bersih serta sangkar yang bersih. Ia memang ambil masa yang lama untuk sembuh. Banyak-banyakkan bersabar.

      Delete
    2. saya nk ty..kucing awk terlalu teruk ke?..kucing sy mkn msh lg nak,cuma luka2 dia smua da merebak?..xsmp ati sy tgk..perlu ke sy tidokn dia?

      Delete
    3. saya nk ty..kucing awk terlalu teruk ke?..kucing sy mkn msh lg nak,cuma luka2 dia smua da merebak?..xsmp ati sy tgk..perlu ke sy tidokn dia?

      Delete
  3. Salam E-man Dhani, berkali2 saya membaca tentang penyakit sporo tulisan saudara. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi ilmu. Kucing saya baru sahaja disahkan dijangkiti sporo. Saya telah pun bawak dia ke klinik di cheras & kemudian di refer kan ke Hospital Veterinar di UPM.

    Doctor pertama yang merawat kucing saya semalam sangat supportive dan memberi kata2 semangat yang kucing saya masih ada harapan dan boleh di ubati. Saya sangat lega mendengarnya dan kuching saya pun di wad kan di Hospital tersebut katanya selama 2 minggu.

    Tapi hari ini bila saya pergi ke Hospital tersebut kerana ingin memberi makanan yang biasa dia makan, Doctor lain pula yang bertugas. Doctor tersebut asyik menyuruh saya mengambil kucing saya kembali dan jaga sendiri. Selain dari itu he keep on saying that "you should consider to end the suffer of your cat". Langsung membunuh semangat saya. Akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk membawa balik kucing saya dan menjaganya sediri.

    Saya telah pun mengikut langkah2 yang diberikan oleh E-man, iaitu memakai sarung tangan dan mencuci bersih tangan selepas memegang kucing saya.

    Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan agar kucing Cik Marina itu lekas sembuh & dipermudahkan urusan penyembuhannya.

      Delete
  4. Salam E-man, saya nak bertanya based on pengalaman E-man menjaga kucing2 yang berpenyakit sporo ini, adalah setelah 7 hari diberi sporanox telah nampak perubahan pada luka2 kucing tersebut?

    Saya telah pun memberi sporanox selama 7 hari dan saya nampak luka kucing saya masih lagi agak berair & merah. Saya sangat risau memikir tentang keadaannya. Sebab pada 30hb April ini saya ada appointment dengan vet di Hospital UPM, kata vet tersebut jika tiada perubahan kucing saya perlu di PTS kan.

    Saya amat berharap sekiranya Eman sudi berkongsi pengalaman.

    TErima kasih ya, hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Untuk soalan Cik Marina, jawapannya ada pada A9. Mungkin Cik Marina terlepas pandang. Mohon dibaca semua Q&A di atas dengan tenang supaya mendapat pemahaman yang lebih jelas. Didoakan agar kucing Cik lekas sembuh. Sekian. Terima kasih.

      Delete
  5. Salam Cik Marina,

    Sy juga pernah mengalami nasib yang sama seperti Cik Marina, Dr di vet menyuruh sy tidokn kucg sy spt cik juga..tp,sy xsnggup n sy cuba iktiar lain utk mgubati kucg sy shinggala sy buka blog ini n sy mgikuti stiap tip yg diajar.sy juga bjumpa dr punitha n sdkit sbyk mgurangkn kerisauan sy..alhamdulillah kini kucg sy beransur2 pulih..dlm pjagaan kucg yg skit spronox ini sbnarnya mgambil masa yg lame utk mgubatinya..diharapk agar cik marina tabah n sabar mnempuh ujian mjaga kucg ini..sy doakn smoga kucg cik marina sht spt sedia kala..ikutla stiap tip yg diberi n in sha Allah kucg cik marina akn sht walafiat..amin :).

    Nadyea_beba

    ReplyDelete
  6. Salam Nadyea,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Kucing Nadyea dah berapa lama mengidap penyakit sporo ni? Memang betul ianya betul2 memerlukan ketabahan & kesabaran dalam menjadi kucingyang mengidap Sporo ni. Kucing saya baru 12 hari mengambil Sporanox & TF.

    Terima kasih juga atas kata2 perangsang dan doa dari Nadyea. May Allah s.w.t send many blessings to you for your kindness. Amin.

    ReplyDelete
  7. As Salam E-man, Tq byk2 coz buat blog ni. Buat pengetahuan E-man. "Adik" sye Barut telah di sahkan kene sporo. Ble vet bgtau sye Barut ade sporo mcm nk gugur jantung sye. Kecian tgok muka Barut n x sedar air mata mengalir. Vet bg option smade nak PTS or bole try mkn pil sporo color putih n pil liver suppliment color coklat slame 2 mgu.. sampai arini dh msuk smgu Barut mkn ubat. Dari pemerhatian sye, luka besar kat ats mata n telinga x de perubahan sgt( buat hati sye sedey) tp luka kecik ade yg dh baik n tumbuh bulu(alhamdulillah)tp ade juge luka kecik yg bru klu.... Kecian Barut... Barut kne kuat n rajin mkn ubt yer dik... sye slu ckp ngan dia cam2. Moga dia boleh sembuh. In sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan/Puan Arikoo Deenz,

      Saya doakan Barut lekas sembuh, dipermudahkan urusan penyembuhannya & dimurahkan rezeki tuan/puan.

      Setakat ini, mengikut pengalaman saya, luka besar memang ambil masa untuk sembuh tapi tak sepatutnya luka baru keluar lagi. Tapi jangan patah semangat, ada kes yang sampai 6 bulan baru sembuh.

      Jika lambat juga sembuh, mohon tuan/puan cuba bertukar kepada pil Sporonox seperti yang direkomenkan oleh vet saya. Ia boleh didapati di farmasi tapi pastikan jenama seperti di atas. Ada pil yang rupanya sama tapi jenama berbeza & harga yang lebih murah, namun kesan penyembuhannya sangat lambat.

      Apa-apa pun, Barut, kena tabah dan rajin makan ubat. :)

      Delete
    2. Terima kasih ats doa saudara E-man Dhani itu. Mudah2an Allah perkenankan. In Sha Allah.
      Mungkin sye lmbt bertindak terhadap sakit Barut ni.... tp x apelah sye percaya slagi kte terus berusaha, In Sha Allah akan berjaya. Terima kasih sgt2 kepada saudara E-man kerana menulis tentang Sporo ni.... ianya memang sangat2 membantu sye untuk optimis yang In Sha Allah Barut boleh sembuh satu ari nnt.

      Delete
  8. Saudara, sy bru berhubung dgn dr punitha sebentar td. Sy dpt nombor phone dia dr sni juga. Actually sy di perlis. Tp sy terpaksa menghubungi dr punitha kerana sy bimbang dgn keadaan kucing sy di mana kaki dia mula bengkak. Sy mula bg dia mkn sporonox smlm. Dia minta utk melihat gambar luka sporo tersebut. Boleh tak kalau sy emelkan kpd saudara gambar luka tersebut dan sy mohon kalau boleh sampaikan ke dr punitha... sy pn x tau nk bw kucing sy ke mana krn di sini tiada private vet dan di tambah lg sy rsau utk bw dia travel jauh... kalau saudara x keberatan utk membantu saudara blh emel kat sy alamat emel saudara nurraihan29342@gmail.com. maaf kerana menyusahkan saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emel saya - emandhani@gmail.com.

      Delete
    2. Salam...maaf..boleh ke Bantu saya beli ubat itrafungal utk saya sbb di sini tak Ada. Saya bankin nnt. Tolong ya asap. Tq

      Delete
  9. kucing sy kn sporo.sy nak pkai kn kolar tp die xnk...ssh sy nak letak ubat..mcm mn nie ek..bleh tlg x..

    ReplyDelete
  10. Salam, cuba dapatkan bantuan doktor haiwan yang terdekat. Mereka boleh demokan pada tuan/puan.

    ReplyDelete
  11. Salam saya ada saekor kucing liar selalu dtang drumah dan bagi makan dia suka bergaduh sampai luka2 pas tu dah beberapa hari x dtang makan tiba2 saya nampak lukanya teruk kat celah kaki kiri yg berdekatan leher dan dah berlubang dah berulat pas tu saya cuba spray air campur detol.tapi baru saya tahu yg saya x spatut buat demikian jadi apa yg patut saya buat minta nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, semoga Tuhan memurahkan rezeki tuan/puan kerana sudi membantu kucing itu. Pada pendapat saya, lebih baik tuan/puan bawakan kucing itu ke klinik haiwan. Mereka akan semburkan spray khas untuk masalah luka berulat kerana ulat itu biasanya bukan terdapat diluar, malahan terdapat di bawah kulitnya juga. Mohon di bawakan segera kepada doktor haiwan. Terimakasih.

      Delete
  12. Salam,

    Saya nak tanya tentang multivitamin Liv 52 himalaya. Baru ni saya terbeli yang capsule punya, saya tak tahu pulak ada liquid yang vet, adakah boleh diberikan kepada kucing?

    ReplyDelete
  13. Assalam e-man dhani saya ada kucing kampung yg selalu datang dan saya kasihan dan beri kucing tu makam selepas itu mengandung dan baru2 ni nmpk mvm nk bersalin sebab keluar darah saya tunggu 2 hari tak bersalin lg kemudian sya bawa ke klinik vet utk tgk pegawai tersebut beritahu anak nya dah mati dan perlu oparate utk mencuci kandungan tersebut srlepas 5 hari luka pembedahan tersebut keluar nanah lagi sekali saya bawa utk dirujuk dgn vet swasta pula dr ckp luka teruk dan penuh nanah dr tu telah mencuci dsn jahit semula. Tetapi selepas 2 hari sya tgk luka tersebut madih belum baik dan bernanah blk kali dengan ada lubang bekas jahit besar apa yg saya perlu buat saya rasa bersalah dan kesian kt kucing tu saya pulak dah kurang duit utk ke klinik vet swasta yang lain. Tolong saya apa yg patut saya buat dan ubat apa yg diperlukan utk saya membuat rawatsn sendiri....tolong sangat2 saya kesian kt kucing ni dengan anak yg mati kasihan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. Saya simpati dengan masalah tuan/puan serta kucing itu. Namun saya bukanlah doktor haiwan. Tuan/puan perlu rujuk semula kepada doktor haiwan yang merawat kucing itu sebelum ini kerana beliau lebih tahu apa masalah ibu kucing itu. Berbincanglah hal yang sebenar pada doktor haiwan itu supaya belaiu tau niat murni tuan/puan unuk membantu kucing itu. Semoga usaha tuan/puan dipermudahkan. Amin.

      Delete
    2. Assalam e-man..saya skrg sdg mnjaga kcg saya yg disahkn kena sporo.sedeh sgt..tp sy ttp jg ikut yg e-man cdgkn..vet bg itraconozole.tp lps smggu sy tkr bg sporonox,liv52,tf, zaniton pd luka n sapu lamisil. Luka de nmpk kering,cuma toby mcm ssh nk buang air besar.biasanya 2 hr skali br buang.tp kerap kncing..adakah normal bg kucing berak 2 hari skali

      Delete
    3. Wa'alaikumsalam. Kucing kalau buang air besar terlalu cair sampai rupa macam cirit-birit, mungkin akibat dia jilat ubat sapuan yang disapu pada lukanya kerana kadang-kala ubat sapuan itu jenis racun, jadi perutnya tak tahan. Kalau berdasarkan pada artikelnyang saya tuliskan di atas, tuan/puan tak perlu letak ubat sapu pada luka sporo. Cukup hanya berikan makan sporonox & liv-52 saja sampai kesan luka sembuh & tumbuh bulu seperti contoh gambar dalam artikel tu. Sekian. Saya doakan kucing itu lekas sembuh & Tuhan murahkan rezeki tuan/puan yang baik hati kerana sudi bantu kucing itu. Aminnnn.

      Delete
  14. assalamualaikum e-man,

    Hari inimkucing saya disahkan kene sporo. badan dia banyak luka dan hidung pun teruk atas kejahilan saya juga sebab tak tahu mengenai sporo. selama sy bela kucing dari kecil tak pernah lagi ada yang kene sporo gini. doktor bagi sporanox untuk 20 hari lepas tu kene datang ambil ubat lagi.. saya bace banyak artikel dan saranan tentang ubat itu dan ini, antaranya transfer factor saya rs e-man refer sbg tf . ubat tur betul2 ker berkesan? saya cuba cari di 3 farmasi tapi tak jumpa... biasanya boleh beli di mana yer ubat transfer factor nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam,
      Sebenarnya kalau tuan/puan baca artikel saya berkenaan rawatan penyakit sporo, saya hanya menggunakan sporonox (kapsul) atau intrafungol (cecair) bersama dengan multivitamin sahaja. Ubat sapu pun jika perlu. Ini semua adalah ubat yang dinasihatkan oleh doktor haiwan.

      Tentang Transfer Factor tu, bukan dalam artikel saya dan saya tak pernah cuba. Lebih elok tuan/puan ikut ubatan yang dinasihatkan oleh doktor haiwan sahaja. Jangan ambil risiko. Kesian kucing nanti.

      Delete
  15. salam, kucing saya menghidap sporo lebih 3 bulan, saya telha beri ubat yg disaankan dr punitha iaitu ubat iintrafungol masalhanya kucing saya tu belum sembuh , saya ingin mencuba ubat sporanox saya ingin tahu adakah jadual ubat sporonox sama dengan ubat intrafungol 7 hari makan 7 hari rehat ? sekian terima kasih , terima kasih atas info anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, adakah cikpuan berikan ia bersama hi-vit? Ada juga kes kucing saya yang lebih sesuai dan sembuh lebih cepat dengan selepas menukarkan intrafungol kepada kapsul sporonox. Cara sporonox tak perlu 7 hari on, 7 hari off. Hanya bagi makan sampai sembuh. Mohon baca artikel saya bertajuk Soal Jawab Kucing Sporo untuk mengetahui cara beri makan kapsul sporo yang sesuai dengan berat badan kucing, cara ia diberi makan (kerana ia bukan cecair) dan jangan lupa disertakan dengan hi-vit juga. Mohon juga cikpuan hubungi Dr. Punitha untk mendapatkan kapsul sporonox yang original. Sekian. Harap maklum.

      Delete
  16. salam kak,ubat sapu povidon tu blh beli gune yang farmasi punye ke mcm mn kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ubat povidon beli pada doktor haiwan.

      Delete
    2. Salam, maaf sekali lagi sy nak tau hi-vit ni cara nk bg makan dia mcm mana dan berapa banyak kuantiti yang harus kita bg.kucing sy berat die 3-4kilo..

      Delete
    3. Cara beri makan boleh minta doktor ajarkan. Sukatan pula ada tertulis pada label botol.

      Delete
  17. Salam nak tanya.. selain sporo ada lg ke penyakit lain yang tanda2 nya seperti sporo? sb dah buat blood test kat vet UPM dan katanya bukan sporo. Dah guna ubat y diberikan tp setiap hari makin keadaannya makin teruk. Tanda2nya mmg hampir sama dgn penyakit sporo tapi saya confius bila Dr. ckp bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf. Saya tak pasti sebab saya bukan doktor. Saya hanya kongsi pengalaman saja di blog ini. Tuan/puan boleh cuba bawa jumpa doktor haiwan lain for 2nd opinion.

      Delete
  18. salam. terima kasih sebanyak2nya kpd saudari yang telah berkongsi tips dan cara rawatan yg betul untuk kucing yg mengidap sporo.utk pengetahuan saudari sudah lebih 6 bulan kucing saya mengidap sporo dan akibat penjagaan yg salah ubat lambat berkesan dan kucing sayang tidak sembuh2.peringkat permulaan saya telah membawa kucing saya ke klinik swasta dan doctor bekenaan memberikan pil hijau yg saya tak ingat namanya.setelah 3 bulan masih jugak tidak elok(kesalahan saya tidak mengurungnya di dlm sangkar kerana kasihan).saya membuat keputusan utk membawa "latifah' ke upm untuk pemeriksaan selanjutnya.alhamdulillah setelah membuat pemeriksaan darah dan hati keadaan hati latifah masih lagi dlm keadaan yg baik doctor khuatir kerana ubat yg dimakan bakal memberi kesan pada hati latifah.doc memberikan ubat sporanox dan live52 himalaya untuknya.alhamdulillah keadaan hidungnya yg sebelum ini kelihantan bengkak besar semakin surut(saya telah mengikut langkah saudari dan atas nasihat doc untuk mengurung serta mebersihkan sangkar dengan clorox agar sentiasa bersih).tp apa yg pelik sebelum ini dia tidak mempunyai luka tp baru semalam saya lihat ada dua luka pd badannya yang berair.soalan saya adakah itu normal?dan lagi satu adakah mana2 tempat yg boleh merawat kucing yang berpenyakit sporo ketika musim raya?kerana seperti yg semua tahu kucing ini tak boleh skip makan ubat.dan latifah sangat tidak suka menaiki kenderaan. sekian terima kasih ya saudari.semoga allah membalas segala jasa saudari yang sggup berkongsi maklumat untuk ramai pencinta kucing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih dan syukur kerana Latifah semakin sembuh walaupun ada timbul luka baru. Saya kurang pasti mengapa. Tuan/puan boleh rujuk vet saya di Klang untuk urusan yang dinyatakan di atas. Mungkin beliau akan cuba bantu kalau diizinkan Tuhan. Beliau doktor berbangsa India. 0333814806. Sekian. Selamat Hari Raya.

      Delete
  19. ubat sparonax tu boleh sembuhkan penyakit sporo ny tak??coz dah guna tp still x jd apa2...

    ReplyDelete
  20. as salam..kat mana beli ubat intrafungol tu..

    ReplyDelete
  21. Semua yang saya nyatakan dalam topik ini, berdasarkan nasihat doktor haiwan. Mohon jasa baik tuan/puan/cik untuk rujuk pada mereka juga untuk maklumat tambahan & bekalan ubat yang saya nyatakan di atas. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum E-man Dhani. Terima kasih di atas pencerahan tentang virus sporo yang saudari tulis di dalam blog saudari. Saya harap saya dapat implement langkah2 yang telah ditulis dalam blog saudari ke atas kucing2 sy. Saya panggil dia Adik. Lebih kurang 4bulan yang lepas dah ada tanda2 kudis yang sebesar syiling 10sen pada adik namun sy fikir itu hanyalah kesan pergaduhan atau cakaran. Adik berumur lebih kurang 1tahun5bulan, tak dikasi, Persian. Sedih rasa bila adik yang dibela dari kecil, suffer penyakit tu dari umur 5-6 hari my mom jaga mcm anak sendiri sbb emak dia mati, dia penah minum susu mak dia, tp waktu tu mak dia dah mati. Kemungkinan yg dia sedut adalah darah mak dia. Bila dah semakin banyak tompokan, baru kami refer ke vet kerajaan. Lagi sedih bila vet sarankan inject mati. Tapi bila kami mtk cara lain, baru vet suruh hantar semula kucing utk di cuci 4,5 tompok kudis. Hantar vet semula, adik kena inject seminggu sekali selama 3minggu. Kami hanya sapu cream yang dibekalkan oleh vet. Tapi still, susah utk cream tu lekat sbb dia kadang2 bleeding and berair. Lgpun bila sapu, dia akan jilat, jadi kami stop dulu dr sapu cream. Vet ada suggest Hydrogen Peroxide utk cuci luka kucing. Bila hantar vet pun, ada yg vet tk cuci lepas cucuk. First inject dia tk cuci luka, second inject dia cuci, third tak cuci. Saya ada juga survey blog2 untuk rawatan sporo ni. Ada yang suggest suruh taruk eye ointment utk kurangkan sikit. Mengikut vet, kucing yg suffer from sporo akan hilang selera makan, lesu. tp, adik still makan bnyk, and still boleh main2 mcm before sakit dulu. Saya buntu, tak tahu nak start dr mana utk cure dia. Sy dah beli H202 tu, tp tak tahu nak start mcm mana, dengan kondisi adik yang masih aggressive tu, boleh tk saya bagi feliway sebelum cuci luka dia? utk de-stress kan dia. What make it lagi worst is virus tu dah berjangkit kat mak saudara dia(adik beradik kepada mak adik). Nama dia chombi. Waktu chombi pregnant, virus tu dah berjangkit kat atas badan dia. Baru-baru ini, Chombi beranak 4ekor kittens. Tapi chombi jd macam malas nak breast-feed anak dia. Sebelum2 ni, dia takde masalah kalau bg susu kat anak-anak dia. Adakah virus tu akan berjangkit kat anak-anak dia melalui susu badan? Atau, ketika dalam kandungan lagi anak-anak dia dah dijangkiti virus tu? Kami jadi buntu, tak tau nak start dr mana utk curekan Adik n Chombi. Saya masih nak tgk dia sihat mcm dulu without kudis-kudis kat badan. Dulu adik selalu masuk bilik, untuk tidur sekali. Dia sangat sukakan tilam. Skrg, I stop him to enter my room, sbb kudis-kudis yg melekit tu akan melekat kt tilam, sedih sangat. He used to sleep beside me everynight. Tapi skrg tak lagi. Mungkin juga ini salah kami sebab lambat hantar vet and take actions. Sampai dah teruk mcm ni, baru semua cari ubat utk curekan Adik and Chombi. Tapi, saya mohon saudari boleh berikan saranan langkah apa yang patut saya ambil untuk memulakan rawatan? I’m out of ideas. Sedih dan buntu. Walaupun virus tu boleh berjangkit kat manusia, tapi saya tak boleh tahan diri saya dari peluk dan belai Adik. Sometimes, kudis tu bleeding banyak sgt. Saya buntu sgt. Bahagian muka adik tkde kudis, Cuma bawah telinga dia ada kudis baru yang nak besar. Dulu adik dah divaksin and then we stop for a long time, atas sebab tertentu. Apart from that, adik jadi liar and selalu main luar rumah. Mungkin sebab surrounding environment, Adik suffer this and berjangkit kat Chombi. Saya duduk di kawasan felda which is ada banyak kucing liar yang suka bergaduh. Mungkin sbb ni jugak, virus tu tersebar. Allahu. Sedih tak terkata. Kekuasaan Allah yang besar. Street cats pun boleh hidup tanpa penyakit, tapi home cats, yang dijaga elok, bagi makan setiap kali lapar, dapat penyakit teruk.

    ReplyDelete
  23. Eman dhani,leh whatsapp sy 0129185606,sy pening utk ubat luka kucing kat umah sy ni,dah 3 minggu luka xsembuh...sy kesian kat dia,tp sy xtau nak buat mcm mana dah...

    ReplyDelete
  24. Kepada sesiapa yang perlukan bantuan ubatan seperti yang saya tulis di artikel atas, boleh hubungi nombor klinik haiwan yang ada saya sertakan di dalam jawapan komen di atas, cuba lihat. Saya hanya boleh kongsikan pengalaman, nak bantu dari segi ubatan, saya bukan doktor haiwan. Mohon tuan/puan/cik hubungi nombir klinik yang saya sertakan 03-33814806, Doktor Punita tapi sekarang beliau bercuti sehingga 9 Januari, 2015. Mungkin pembantu beliau boleh bantu.

    ReplyDelete
  25. kucing sy sporo sy ingin bertanya bole ke kuku die sy potong tkut die garu di bahagian luka...skang kucing sy dh start bersin kuar darah,hidung pun sebelah dh mcm tersumbat ada ubt x nk kecik kn bengkak kt hidung die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuku boleh potong. Ubat sepertinyang saya tuliskan dalam artikel dan dalam komen memang akan buag bengkak susut. Terkini ada ubat baru yang khas untuk penyakit ni dan untuk haiwan yang lebih murah dan berkesan menurut kajian doktor haiwan. Bokeh hubungi nombor klinik yang saya ada sertakan dalam komen di atas.

      Delete
    2. Kuku boleh potong. Ubat sepertinyang saya tuliskan dalam artikel dan dalam komen memang akan buag bengkak susut. Terkini ada ubat baru yang khas untuk penyakit ni dan untuk haiwan yang lebih murah dan berkesan menurut kajian doktor haiwan. Bokeh hubungi nombor klinik yang saya ada sertakan dalam komen di atas.

      Delete
  26. Salam,

    We have five cats. 6 months ago, the eldest cat was diagnosed with Sporo. We separated him, and he was put in a room alone. He got treated and when he has recovered, he was set free with the rest of the cats in the house.

    Unfortunately, very recently, he and another cat got infected with Sporo. We put both of the cats together in a room. Is that a good idea to mix them together? Where would you recommend we get the Hi-vit?

    Also, it would be really, really helpful if you could provide us your email address or phone number so that we can treat the cats and prevent this from happening for the third time.

    Your help is kindly appreciated, and much needed. Thank you.

    -Please email at marisa.athirah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya bukan vet tetapi cik/puan boleh baca beberapa artikel lain dalam blog saya ni yang juga tentang sporo dan jawapan dalam komen yang diberikan. Ia adalah pengalaman saya berdasarkan nasihat vet yang selalu saya bawa kucing-kucing saya ke sana. Terdapat juga nombor telefon vet di dalam komen di atas. Kalau saya jawab emel pun nanti jawapan sama je macam jawapan dalam komen saya yang lain.

      Tentang campurkan 2 kucing yang sama masalah tu, saya kurang pasti ok atau tak sebab saya asingkan kucing saya walaupun sama penyakit kerana lain kucing, lain daya tahan mereka terhadap penyakit, mungkin kucing pertama lebih lasak daripada kucing kedua dan sebaliknya.

      Sekian. :)

      Delete
  27. Assalam, sedih tengok kucing saya kene sporo. kelu dan tak tau manan ak buat dulu.

    ReplyDelete
  28. Kucing sya bru disahkan kna sporo oleh doc vet td...lukanya di kaki..doc sarankan utk operation..buang dging yg busuk then jahit..ok ke ye mcm tu...risau sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, memandangkan saya bukan doktor haiwan, saya tak boleh komen tentang cadangan doktor awak tu. Tapi kalau ikut pengalaman saya, apa2 kes pun, bahagian daging yg busuk biasanya doktor memang akan buang dulu kemudian rawatan seterusnya akan dibuat untuk pulihkan keadaan. InsyaAllah, saya doakan kucing cikpuan lekas sembuh & cikpuan dimurahkan rezeki sebab bantu kucing tu. Amin.

      Delete
    2. Salam, memandangkan saya bukan doktor haiwan, saya tak boleh komen tentang cadangan doktor awak tu. Tapi kalau ikut pengalaman saya, apa2 kes pun, bahagian daging yg busuk biasanya doktor memang akan buang dulu kemudian rawatan seterusnya akan dibuat untuk pulihkan keadaan. InsyaAllah, saya doakan kucing cikpuan lekas sembuh & cikpuan dimurahkan rezeki sebab bantu kucing tu. Amin.

      Delete
    3. Eman dhani boleh x watsap sya tuk kongc pngalaman..kcing sya dah slamat di operate tp skrg ade lg bkas operate tu yg still brlubang n berair...doc suh operate lg tp sya xnak..sya nk cure dgn ubt sporonox je..boleh x..ni no watsap sya 0133976321. .tqvm..

      Delete
    4. Maaf lambat jawab. Sebenarnya pengalaman yang saya kongsikan banyak dah saya tulis dalam ruang komen pada artikel ni dan artikel yang berkaitan dalam blog ni kerana jawapannya lebih kurang serupa. Apa-apa pun, memandangkan kucing cikpuan berada di bawah rawatan seorang vet, adalah lebih baik cikpuan rujuk vet tu sebab saya pun bukanlah seorang doktor haiwan. Berkenaan sporonox pula, kini sudah ada ubat bagi rawatan penyakit sporo yang dibuat khas untuk haiwan, tak seperti sporonox yang sebenarnya untuk rawatan manusia. Cikpuan boleh hubungi klinik haiwan yang ada saya sertakan nombornya dalam beberapa komen di atas. InsyaAllah, vet itu dapat bantu kerana dia yang banyak ajar saya cara rawatan kucing bermasalah sporo ni sejak awal lagi. Saya doakan kucing cikpuan lekas sembuh & cikpuan dimurahkan rezeki kerana sudi bantu rawat kucing tu. Sekian.

      Delete
  29. Saya dah berjaya merawat kucing saya yg berpenyakit sporo dlm masa 20 hari saja...bkn dgn ubat
    Mula2 memang gi rawat kat vet..dah kena cucuk dan makan ubat selama 3 bulan, kudis2 nya tak baik dan makin banyak dan luas....disebabkan fikiran dah buntu, dgn tak sengaja saya cuba alternatif lain dan ajaibnya semua luka nya sembuh dlm masa 20 hari...siapa yg dh buntu dlm merawat sporo pada kucing kesayangan dan nak cuba, boleh whatsapp saya 0182227022...mokku

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum...kucing saya baru vet diagnos ada sporo...boleh share dengan saya klinik vet atau farmasi mana yg jual brand sporanox..coz yg sekarang saya guna bukan original brand..mintak tolong sangat2...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Zura,

      Mohon klik pada post 2015, ada ubat baru untuk rawat sporo. Boleh baca di situ. Boleh minta vet anda orderkan

      Delete
  31. assalamualaikum....boleh sy taw tuan beli ubt intrafungol tu kt klinik mana?sy nk sgt beli ubt tu....vet kt cni bg dlm bekas lain pastu jual mahal.....rasa dah x lalu nk beli mahal camtu....tolong sy ya tuan....

    ReplyDelete
  32. Waalaikumsalam,

    Boleh hubungi klinik haiwan yang saya selalu bawa kucing-kucing saya ni. 0333814806. Dr. Punitha di Klang. Harganya mungkin berbeza skit kerana post ini ditulis sebelum GST.

    ReplyDelete
  33. As salam. Kucing saya snowy telah disahkan ada sporo. Mula2 luka di telinga kemudian merebak ke atas kepala, kaki dan tangan. Vet UPM bagi ubat Inox. Tp after a few days snowy susah utk buang air kecil n besar. Dia kerap pergi ke litter box tp tak keluar apa. Saya risau dgn keadaan dia skrng. Luka nya masih basah dan dia kerap garu dgn kaki nya yg menyebabkan sporo semakin merebak. Dah pakai kan colar supaya dia tak garu tp dia tak suka n berjaya keluarkan nya. Dia juga tak mahu minum air. Air dalam sangkar setiap hari tak terusik. Saya risau disebabkan dia tak minum n kesan ubat akan menyebabkan hati dan pundi nya tidak berfungsi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      1.Mohon tuan/puan berikan Liv-52 untuk bantu fungsi hati Snowy.
      2.Untuk colar, mohon tuan/puan lihat pada gambar di artikel ini, pada jawapan ke-6, ada gambar colar yang saya cadangkan letak pengikat supaya Snowy tak mudah membukanya.
      3.Mohon baca juga artikel yang saya tulis pada tahun 2015, di mana ada ubat terkini untuk sporonox.
      4. Mohon bantuan vet untuk dapatkan ubat terkini itu, Liv-52 dan beritahu tentang masalah Snowy yang susah nak buang air. Harap tuan/puan bertindak segera kerana kucing kalau 2 hari tak buang air boleh membawa maut.

      Saya doakan semoga dipermudahkan urusan tuan/puan. Jika berminat, tuan/puan boleh juga hantarkan kepada vet yang saya biasa bawa. Nombornya ada di ruang komen di atas. Klinik tutup hari ahad.

      Delete
  34. slm.just nak tanya.sy sgt confuse dgn awak tulis psl jgn berikan iodin..povidon tu bukankah namanya povidone iodine?antiseptic utk luka?bukan sama ke dgn iodine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya. Apa yang saya maksudkan dalam artikel ini adalah iodin yang berwarna purple antiseptik luka untuk manusia. Gunakan yang dibuat khas untuk haiwan. Maaf saya bukan doktor haiwan. Perkongsian ini berdasarkan nasihat doktor haiwan yang merawat kucing saya. Saya pun tak tahu nama panjang povidon adalah povidon iodine tapi yang penting, jika ada ubat untuk haiwan, lebih baik gunakan untuk haiwan tak kiralah namanya hampir sama atau tidak. Yang penting ianya untuk haiwan. :)

      Delete
    2. Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya. Apa yang saya maksudkan dalam artikel ini adalah iodin yang berwarna purple antiseptik luka untuk manusia. Gunakan yang dibuat khas untuk haiwan. Maaf saya bukan doktor haiwan. Perkongsian ini berdasarkan nasihat doktor haiwan yang merawat kucing saya. Saya pun tak tahu nama panjang povidon adalah povidon iodine tapi yang penting, jika ada ubat untuk haiwan, lebih baik gunakan untuk haiwan tak kiralah namanya hampir sama atau tidak. Yang penting ianya untuk haiwan. :)

      Delete
  35. salam..itrafungol tu nk dptkan kat mne ye? sy duk area tganu..kat sni xde klnik swsta..sy ase kcing sy comot sakit sporo n klu ikutkan tnda2 nya..dah 3 bln lbih dah..blh ke sy bg mkn ubt tu tnpa pergi buat chckup nge vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Apa-apa penyakit kucing pun, digalakkan bawa jumpa doktor haiwan, tak boleh main agak-agak nak bagi ubat, kalau salah bagi sukatan atau salah jenis ubat, sama ada tak pulih langsung atau mati. Saya ada kawan yang kerja di klinik swasta kemaman. Klinik haiwan kerajaan pun boleh tolong orderkan intrafungol tu untuk tuan/puan/cik. Saya bukan doktor haiwan pun. Mohon bantu kucing tersebut jika anda benar2 sayangkan dia. InsyaAllah, Tuhan tolong permudahkan urusan anda. :)

      Delete
  36. Assalamualaikum..
    Saya ade kucing yang berpenyakit sporo. Pi klinik doctor tak bgth, lpas pi hospital kerajaan baru doctor bgth. Skrg kucing sye da banyak luka kat kaki, tangan, telinga, luka yg basah kat bebola dia, n luka berulat kat siku.
    Lpas jmpe doctor, dia buat dressing n cuci luka berulat tu, lpas tu recommend kn bg kucing tido trus, klu ade kemampuan beli ubat sporo Dan cuba sembuh kn.. Sye buntu tak tahu. Lpas check kat Google, jmpe article sis.. Skrg da 2 hari sye bg ubat sporonax tu, tp xde kesan pape lg. Sye nk tye penyakit ni ade peringkat ke? Mcm cancer tahap 1,2@3, walaupun kucing tu da luka teruk pon msih boleh sembuh ye..
    Maaf klu soalan sye salah ye sis..

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum.. Sye nk bertanya penyakit sporo ni ade peringkat ke? Atau seteruk mana penyakit ni, memang masih boleh sembuh, dgn cara rawatan n ubat yg btul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Maaf lambat jawab. Sebenarnya, En.Anwar boleh baca seterusnya tentang topik sporo ini dalam artikel saya. Ada banyak yang boleh Encik pelajari mengenainya bermula dari kaedah pengenalan, cara penjagaan, tempoh ubat itu berfungsi dan ubatan yang terkini. Mohon baca juga komen-komen saya di ruang pertanyaan pembaca dalam artikel ini dan artikel seterusnya. Semoga ia dapat membantu dan mohon bersabar dengan pengurusan sporo ini kerana ia memang mengambil masa yang panjang, bergantung kepada situasi kucing tersebut juga. Saya doakan semoga kucing encik lekas sembuh dan encik dimurahkan rezeki kerana bantuan encik terhadap kucing itu. Amin.

      Delete
  38. Assalamualaikum.. sya nk tanya .. kucing saya pernah terjatuh . Kaki dia bengkak seperti bisul. Beberapa hari lepas tu . Bengkak tu pecah dan berlubang yg dalam beserta cecair yg byak .. soalan sya adakah adakah lubang itu tanda kucing sya dijangkiti sporo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Cara nak tahu sporo mudah saja. Kalau luka tak sembuh-sembuh lebih daripada seminggu malahan bertambah-tambah pula lubangnya di bahagian lain badan kucing, maka itulah sporo. Jika tidak, itu adalah kesan bisul biasa. Memang kalau bisul, tak dibawa jumpa doktor atau tak diubati, ia akan pecah & berlubang tapi Cik Rohana boleh ubatinya dengan sapu minyak gamat. InsyaAllah, jika bukan sporo, ia akan mengecut. JANGAN sapu dettol. DETTOL BAHAYA UNTUK KUCING. Sekian. Semoga kucing anda lekas sembuh. Aminnnn

      Delete
  39. Assalammualaikum.
    Saya seorang student dan tiada masa untuk selalu berada dirumah.. kucing saya mengidap sporo tapi dr x buat pemeriksaan darah cuma dengan pemerhatian.. dr bagi ubat sporo saya tak pasti jenama apa.. biji2 putih kecil.. berat kucing saya 5kg. Satu kapsul dr suruh bahagi 3.. satu hari sekali.. dan cecair untuk hati serta pil untuk vit.. dr kata biasanya kucing sporo selalu akan PTS tp sikuning masih boleh disembuhkan.. tapi saya sudah 3 minggu tak rujuk dr untuk ambil ubat.. atas kekangan masa.. yg memberi makan dirumah cuma kakak saya.. kakak saya takut untuk sapu luka atau bagi makan ubat seperti cara yg dr tunjuk.. skrg luka dia semakin besar dan berair.. abang2 pula suruh PTS sedangkan kucing sama masih berselera makan 5 ekor satu hari ikan dan rajin berjalan keluar rumah.. dia tak mahu dikurung dalam sangkar.. dan sering mengaru lukanya.. kalau saya boleh kongsi gambar luka.. mungkin lebih mudah bercerita.. kalau lah saya boleh membawanya ke kolej.. pasti saya dpt jaganya dengan penuh perhatian.. saya nak tanya.. kalau ubat intrafungol dicampur dalam ikan rebus bersama ubat sporanox tu boleh ke? Nak ke kucing makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Ubat intrafungol dalam bentuk cecair, mudah dipam ke dalam mulut kucing yang terlibat saja. Hanya perlu berikan salah satu sahaja, sama ada sporonox atau intrafungol kerana fungsinya sama. Ubat untuk hati juga perlu bagi.

      Sekian. Semoga usaha cikpuan dipermudahkan.

      Delete
  40. salam,

    kucing sy frozen baru disahkan kena sporo, tak ada luka, cuma hidung membengkak dan nafas berbunyi. 2-3 harini dia kurang selera makan, dah mcm2 cara sy nak galakan dia makan. boleh ke sy nk bg dia Scott's Emulsion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Sepanjang saya berurusan dengan kucing sporo, tak pernah pula vet suruh bagi Scott's Emulsion. Apa-apa pun, mohon bertanya kepada vet anda lah ye sebab saya hanya berkongsi apa yang vet saya nasihatkan beserta pengalaman saya sendiri.

      Apa-apa pun saya doakan semoga Frozen anda lekas sembuh, ye. Amin.

      Delete
  41. Kucing saya baru je kena kat hidung and kaki sikit. Saya dah cari semua farmasi ubat sporonox yang cik kata rm10. Tapi ada yang rm5. Saya beli je sebb nak try and yang povidone tu saya beli kat farmasi jugak. Dia kat boleh kot guna untuk kucing sebb ni penyakit manusia. And multi vitamin saya beli. Aaya tanua dia untuk kuatkan hati. Tapi yang manusia punya. Saya tanya ok ke untuk kucing dia kata boleh guna kot. Sebb ubat sporonox lagi bhaya. Multi vitamin tu biasa je. Mcm mana ni saya buntu. Vet kerajaan kat sini banyak kekurangan ubat. Saya buntu mcm mana nak rawat. Nunti vitamin tu cair. Ok ke saya guna ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/saudari boleh rujuk kaedah rawatannya step-by-step dlm blog ni juga. Teruskan membaca. Ada beberapa artikelnyang berlaitan dalam blig saya ni. Harap jangan panik sebab sekarang dah ada ubat cecairbyg khas bagi penyakit sporo tu. Mohon bantuan klinik swasta juga. Semoga dipermudahkan usaha saudara/saudari. Amin.

      Delete
  42. nk tanye sporo nie bole berjangkit kt manusia ke kalu kucing da kurung dlm sangkar besi???sbb sy ltk kucing kt dlm blik sy,harap bole rply komen sy nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang saya nyatakan dalam artikel di atas, ia boleh berjangkit sekiranya anda tak urus kucing sporo dengan berhati-hati seperti guna sarung tangan plastik semasa cuci luka & bagi kucing tu makan ubat, cuci tangan anda selepas membuat segala urusan dengan kucing tu dll. Selain daripada tu, tak de la senang sangat nak berjangkit, insyaAllah.

      Biasanya yang berjangkit tu sebab dia peluk-peluk kucing yang sakit tu, lepas urus kucing sporo, dia tak cuci tangan dan mungkin bila kucing tu cakar dia, dia tak cepat2 cuci luka tersebut.

      Anda perlu jadi nurse la, bersih-bersih semasa & selepas rawat kucing tu. Semoga kucing anda lekas sembuh.

      Delete
  43. Salam.

    Terima kasih atas sharing yg sgt bermanfaat. Sy dpt kenal pasti tanda tanda sporo seperti yg dinyatakan di atas. Ptg td, sy bawa kucing sy, Atam ke vet utk test sporo. At first one of the doc tak nak buat test, dah macam hina sgt kucing sy tu :( tapi alhamdulillah got another doc yg sudi buat test utk Atam. The result was positive sporo. Sebenarnya 2 minggu lepas tanda tanda sporo ni terjadi. Tapi doc kata, kucing dmm selsema biasa and doc just bg antiseptic utk luka. Tadi doc bagi ubat sporo utk 2 minggu, herbal spray utk keringkan luka dan ubat selsema sbb Atam selsema berdarah. Now sy dah kurungkan dia. Protes jugak dia tadi sbb tak biasa dikurung. Sy ada bertanya mengenai multivitamin tetapi doc kata lepas sebulan treatment baru beri. Sy just taknak nnti hati Atam rosak disebabkan tak makan multivitamin selama sebulan. Mohon pandangan dr pihak saudari. Adakah sy perlu berikn juga atau just follow instruction dari doc? Thanks in advance for ur reply :) Betul kata saudari, hanya catlovers je yg akan faham situasi dan bg support. Big thanks for all ur positive words and support!! 😇 May Allah bless u always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Namie,

      Terima kasih kerana sudi membantu Atam. InsyaAllah, Atam akan mendoakan yang terbaik buat Cik Namie sebab tolong dia.

      Berkenaan dengan multivitamin, sebenarnya kalau doktor tak bagi pun, mohon agar beliau supply-kan Atam dengan Liv-52 atau Tonik Hati khas untuk haiwan. Ni memang vet yang rawat kucing-kucing saya yang suggest-kan. Mohon berikan kepada Atam start dari sekarang.

      Saya doakan semoga urusan Cik Namie & Atam dipermudahkan. Amin

      Delete
  44. akak sekarang sedang merawat stray cat yg +sporo setelah mendapat rawatan dari vet UPM...apa2 pun usaha dulu.InsyaAllah pulih...letakkan diri kita ditempat kucing itu,sakit pedih ,gatal entah mcm2 rasa kot.tanpa bantuan pasti sedihkan ,,so ambil tangungjawab merawatinya,,jgn yg cantik comel kita sayang..apabila sakit buruk dibuang

    ReplyDelete
  45. Ikut pengalaman saya merawat beberapa ekor kucing saya yg terkena sporo ni, sporo senang di rawat diperingkat awal tetapi kebanyakan pemilik kucing tidak perasan yg kudis di badan kucingnya itu akan menyebabkan sporo dan membiarkannya sehingga boleh membawa kematian. Sebenarnya, jika tengok kucing berkudis tu rawat dengan segera..hanya bagi makan ubat kudis yg efektif saja...bila kudis dah dibiar lama terbuka, ia akan dihinggapi fungus sporo yg akan membuka ruang utk fungus itu menjangkiti darah pula..dan akan susah lah nak baik dan memerlukan kos yg tinggi...saya ada stok ubat kudis dan bisul utk kucing yg berkudis. Tak semua kudis itu sporo...kudis kucing perlu diubati dgn cepat sebelum dihinggapi fungus sporo ...hubungi saya jika mahu 0182227022

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum eman dhani.sy farah.kucing sy bento kne sporo..keadaan kucing sy sgt la truk.doc di vet kerajaan cheras sah kan bento kne sporo dlm mse y agak lama krn mereka xpasti.doc skang bg ubt anti fungul, anti radang, anti biotik dan meboliv syrup.doc swuh try dlu dlm mse 20 hri jika xd prubahan sy di saran beli sporonox..skang kucing sy di kurung dlm sangkar..sya menjaga kucing sya tu dlm rumah..xpe ke..sy letak btl2 sebelah pintu masuk rumah sy.sbb xd tempat lain nk letak sbb umah sya tdk ada byak ruang.dan dlm rumah sya ada ank kucing dan kucing yang lain..blh bagi tunjuk ajar.dan apa tanda2 manusia terjangkit ngan pnyakit sporo ni.klw bdn timbul bintik merah gatal2 di merata tempat itu tanda berjangkit jgk ke..dan sya ptt cuci luka kucing sya tu dengan antiseptik apa yang elok dan klw saya sapu luka kucing saya tu dgn betadine pavidone oidin ointment blh ke?.doc mnyuruh saya cuci luka pkai antiseptik dan sapu aleo vera gel saja blh ke luka tu kering.sy buntu sedih sbb mse sy mencari ubt meboliv tu sy pegi ke vet swasta dan doc tu tdk memberi kata2 semangat tp meruntuh kan semangat saya ngan mengata kan kucing sy xd harapan lagi baik buang atau pts.doc 2 kata bahaya blh berjangkit melalui udara mcm2 lg.dan kata2 doc itu membuat kan sy btl2 sdh buntu serabut setiap hari sy mengis.sy cuba termampu sy.nk bwk pegi vet swasta atau upm sy xmampu...harap eman dpt membalas dan memberi pendapat..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Maaf terlambat balas. Baru nampak ada mesej ni.

      Soalan Farah 1. skang kucing sy di kurung dlm sangkar..sya menjaga kucing sya tu dlm rumah..xpe ke..sy letak btl2 sebelah pintu masuk rumah sy.

      Jawapan 1. Boleh. Jawapan yang lebih detail ada dalam artikel di atas. Mohon baca.

      Soalan Farah ke-2 :.klw bdn timbul bintik merah gatal2 di merata tempat itu tanda berjangkit jgk ke.

      Jawapan ke-2 : Mohon rujuk pada doktor manusia tentang masalah Cik Farah ni & mohon Cik Farah urus kucing dengan dengan memakai sarung tangan pakai buang yang boleh dibeli murah je kat kedai Daiso.

      Soalan Farah ke-3:sya ptt cuci luka kucing sya tu dengan antiseptik apa yang elok dan klw saya sapu luka kucing saya tu dgn betadine pavidone oidin ointment blh ke?

      Jawapan ke-3 : Vet saya selalu menggunakan povidone dalam bentuk cecair seperti dalam gambar artikel di atas pada Q8. Mohon baca semula artikel di atas.

      Soalan Farah ke-4 :kucing sy xd harapan lagi baik buang atau pts.doc 2 kata bahaya blh berjangkit melalui udara mcm2 lg

      Jawapan ke-4 : Jangan dibuang Bento tu sebab ia akan menganiaya kucing-kucing lain yang berada di sekitar kawasan Cik Farah tu je kerana dia penyakit berjangkit. Keputusan PTS pula biasanya akan dinasihatkan oleh Vet apabila terlalu banyak sistem dalam badan kucing sporo yang telah gagal akibat sporo tu. Setakat ni, hanya 2 anak kucing sporo je yang tak berjaya diselamatkan kerana masih kecil.

      Penyakit sporo TAK BOLEH berjangkit dari udara. Ia hanya berjangkit daripada kesan gaduh/cakar/luka yang terbuka. So, jangan bimbang.

      Lain-lain semua, alhamdulillah sembuh dah sakit sporo dan masih hidup sampai sekarang.

      Delete
  47. Assalamualaikum & selamat berpuasa. Bru2 ini kucing sy dijangkiti sporo dan syukur kpd Allah kerana izinya dpt sy berjumpa dgn blog ini. Terima kasih banyak2 kerana tips2 rawatan disini byk membantu sy. Cuma satu persoalan saya, pada luka kucing kini terdapat kuping2 hitam yg mulanya sedikit, lama2 hampir menutupi luka. Sy tidak menyapukan krim putih dr vet kerana lukanya kelihatan basah sblm ini. Perlu ke sy biarkan atau bersihkan kuping2 tersebut.?sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan selamat berpuasa juga kepada tuan,

      Kalau anda nak bersihkan kuping tu pun boleh tapi anda kena letak ubat luka (povidon seperti gambar di atas)sebagai langkah mencuci luka tersebut agar lekas sembuh. Berkenaan krim yang vet bagi tu, saya tak pasti ok atau tak untuk tujuan cuci luka sporo.

      InsyaAllah, luka sporo tu akan semakin kecil dan mengering.

      Terima kasih kerana bantu kucing anda. Semoga Allah membalas jasa anda dengan segala kebaikan. Amin.

      Delete
  48. Replies
    1. Povidon tu adalah salah satu daripada iodin tapi yang sesuai dosnya untuk haiwan.

      Delete
  49. Assalamualaikum.. kucing saya Nom disahkan pengidap sporo. Vet beri ubat sporo dan saya beri setiap hari secara konsisten, saya juga beri Fish Oil & Transfer Factor selang sehari. Kini sudah masuk hari ke 20 dan keadaan Nom ada pasang surut. luka2 kecil mengering tetapi luka besar kadang2 kering kadang berair semula. Bagaimanapun bersin berdarahnya dah tiada darah lagi dan bersinnya sangat berkurangan, bagaimanapun mulai hari ke 19 selera makannya merosot dengan teruk dan langsung x mahu minum. Saya sejujurnya patah hati...tolonglah saya, apa sepatutnya saya lakukan? Saya sangat risau kerana Nom enggan makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Maaf lambat jawab mesej. Mohon bawa Nom kepada vet semula sebab kadang-kala, dos yang diberikan perlu disesuaikan semula, berdasarkan berat badan kucing. Penyakit ini memang tak boleh diduga & perlu banyak sabar serta usaha. Ada kucing saya yang kena, ambil masa 2-3 bulan paling cepat untuk sembuh. Ada yang sangat lama dengan pasang surut tahap kesihatan kucing tersebut.

      BERIKAN UBAT HATI kepada Nom ye yang namanya Livoferol, BUKAN fish Oil. Transfer Factor pun saya tak pernah sarankan sebab bukan atas rekomen vet.

      So, mohon tidak patah hati & terus berusaha sebaik mungkin. Saya doakan semoga dipermudahkan usaha saudara/saudari, diberikan rezeki yang banyak kepada saudara/saudari atas jasa baik ini dan diberikan yang keputusan yang terbaik buat kesihatan Nom juga kerana ada kala sporo menyerang sistem dalaman badan, maka dia berkemungkinan melemahkan dari dalam.

      Delete
  50. Assalamualaikum....mohon share ye..kucing sy disahkn ada kuman sporo..in sha allah perkongsian ini dpt sy manfaatkan..

    ReplyDelete
  51. Selepas guna rwtn ion negatif utk seekor kucing...saya stkt ni dah rwt 3 ekor kucing lagi kucing yg berkudis dgn menggunakan sejenis ubat kudis/bisul. Semua dah baik dgn izin Allah. Sesiapa yg ingin mencuba, bolehlah hubungi saya 0182227022. Kita hanya berikhtiar...semoga dipermudahkan. T.kasih

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum..terima kasih banyak2 kerana sudi share info yang amat2 berguna kepada pemilik2 kucing yg ada masalah sporo...kalau tak keberatan..boleh taken E-Man Dhani bagi phone no. untuk dicontact sebab akak ada beberapa perkara yang ingin ditanya...dan amat2 memerlukan pertolongan E- Man Dhani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Saya rasa lebih eok Pun/Cik Ramlah call klinik haiwan yang selalu saya rujuk pasal masalah kucing sporo ni. di 03 3381 4806 sebab mereka lagi pakar. Saya bukan doktor, hanya berkongsi pengalaman berdasarkan nasihat doktor juga. Nanti apa2 salah, takut dipersalahkan pula. CAll no. di atas tu ye. Cakap dengan Dr. Punitha. Dia bagus.

      Delete
  53. Salam sy ada soalan berkenaan sporo.

    Sy ada 2 ekor kucing. 1 tu kene sporo bila nampak luka pada badan dia xbaik2. lepas 4 bulan, now nmpk luka dh kecik, dh tumbuh bulu..

    Kucing yg kedua pulak kene sporo, dia bersin berdarah. Bila tengok dlm hidung dia, ada cm bengkak.

    Soalan saya.
    1. Kucing no 2 tu perlu ke asingkan sangkar je dah ckup? atau perlu di letak dlm bilik lain?
    2. Cukup ke sekadar bg TF? sebab sy plan nk beli Vetri DMG utuk kucing no 2 tu.
    3. Kucing yg dh sembuh tu, cmna tau dh ok untuk dimandikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Fara yang baik hati, terima kasih kerana sudi mengubati kucing sporo.

      1. Asing sangkar yang jauh daripada kucing lain sebab khuatir bersin dia terkena pada kucing lain.

      2. Perlu bagi vetri DMG untuk kuatkan fungsi hati dia & ubat yang vet cadangkan. TF tu saya tak pasti.

      3. Tunggu bulu yang tumbuhnpada luka sporo tu lebat sikit baru mandi ye.

      Delete
  54. salam....terima kaseh diatas info dan penukisan saudara...apa yg saya baca hampir bnyak persamaan pada kucing saya alami dan saya telah pergi ke 2 klinik vet yg berlainan tetapi ke dua2 vet menafikan yang dia tidak terkena penyakit tersebut...setiap hari lukanya semakin merebak bernanah dan berair...keadaan dia semakin lemah dan tiada selera makan..saya dah tak tau nak buat apa hanya berserah supaya dia sembuh.

    ReplyDelete
  55. Salam, terima kasih atas perkongsian dan tunjuk ajar. Sekarang luka kucing sporo yg saya rawat dah kering & hilang, cuma masih lagi makan ubat sporanox sehingga bulu tumbuh sepenuhnya. Alhamdulillah. Lega tengok luka dia dah sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Semoga dipermudahkan segala urusan kucing tuan/puan tu. Amin

      Delete
  56. Aslm, saya nak tanya ubat sporo tu ada vet bagi yang jenis tablet , klu saya cmpur ubat tablet tu dalam air dan gunakan syringe untuk kucing saya minum boleh ke? X kurang ke dos dia , saya x pandai nk bagi kucing saya telan ubat sporo tablet tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, yang penting, cara saudara/saudari tu, tidak menyebabkan dos ubat kurang dgn memastikan semua ubat tu ditelan kucing. Semoga kucing itu lekas sembuh. Aminn

      Delete
  57. Assalamualaikum..
    1) Bolehkah ubat sporanox/intrafungal diberi serentak dgn multivitamin?
    2) Perlukah kucing saya diberi ubat utk hati contohnya Liv52 tu sekiranya saya beri dia sporanox atau intrafungal spt yg cik disyorkan di atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      1) Boleh
      2) Mesti

      Penjelasan semua ada dalam soal jawab di atas.

      Terima kasih bantu rawat kucing itu. Semoga Allah permudahkan urusan penyembuhannya. Ameen Ya Robbal Alamin

      Delete